
Mengapa kedua belah kaki kita tak sama besar?
Kedua belah kaki kita tak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lalgi kaki kiri. Namanya pun tak sama jadi tentulah besarnya pun tak sama.
Apakah itu magnet?
Magnet adalah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain ke arahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
Mengapa cicak memutuskan ekornya apabila diganggu?
Apabila cicak menyedari yang ia diekori oleh sesuatu ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi. Ia perlulah memutuskan ekornya kerana tanpa eokr tentu ia tidak akan diekori lagi.
Benarkah kucing boleh melihat di dalam gelap?
Sebenarnya kucing hanya boleh melihat dalam suasana yang tidak begitu gelap, maksudnya yang ada sedikit cahaya. Jadi tidak benar kucing boleh melihat dalam gelap. Di dalam gelap kucing hanya nampak gelap.
Bagaimanakah burung dapat mencari jalan pulang ke sarangnya?
Tentu kita pernah terfikir bagaimana seekor burung boleh keluar kadangkala hingga beribu kilometer dari sarangnya dan kembali semula ke tempat asal tanpa sesat. Sebenarnya apa yang menyebabkan burung tersebut dapat berbuat demikian ialah setiap sarang burung sebenarnya mempunyai alamatnya yang tersendiri.
Nota Dahi: Artikel ini adalah hasil karya Majalah Ujang dan ditaip balik oleh wow!Berita.com
0 Komen untuk "Fakta yang seharusnya logik akal"