Kuala Terengganu – Tindakan seorang nelayan menyalakan pemetik api ketika memeriksa paras air bateri botnya membawa padah apabila dia dikhuatiri buta selepas cecair berasid berkenaan terpercik mengenai kedua-dua matanya menyebabkan deria berkenaan melecur teruk.
Mangsa, Abdul Aziz Mohammad, 60, berkata, kejadian berlaku jam 12 tengah hari kelmarin, ketika dia keluar menangkap ikan bersama anaknya, Zamari Abdul Aziz, 32, dan seorang rakan di muara sungai Kuala Abang, Dungun.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan pulang ke darat, dia menyalakan pemetik api untuk memeriksa paras air bateri bot.
“Keadaan dalam bot agak gelap dan saya tidak dapat melihat paras cecair di dalam bateri bot berkenaan. Justeru, saya terpaksa menyalakan pemetik api untuk melihatnya.
“Sebaik membuka tudung bateri berkenaan, saya menundukkan badan ke arah lubang bateri sambil memegang pemetik api. – Harian Metro
0 Komen untuk "Nelayan hilang pandangan dalam sekelip mata"