BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

David Moyes dilantik sebagai pengurus baru Real Sociedad

BEKAS pengurus Everton dan Manchester United, David Moyes diumumkan sebagai pengurus baru kelab La Liga Real Sociedad selepas enam bulan menganggur.

Dia dipecat oleh United April lalu selepas gagal mengekalkan status kelab itu sebagai juara bertahan Liga Perdana Inggeris.

United berakhir di tangga ketujuh liga musim lalu di bawah pimpinannya.

Pengumuman mengenai pelantikan Moyes, 51, sebagai pengurus Sociedad agak mengejutkan kerana kem Moyes menegaskan bahawa perincian mengenai kontrak lantikannya masih lagi dirundingkan.

Sociedad telah mengadakan rundingan dengan Moyes sejak seminggu yang lalu tetapi pengurus asal Scotland itu masih teragak-agak untuk menerima satu lagi bebanan besar memandangkan kedudukan Sociedad di tangga tercorot La Liga buat masa ini.

Dia dikatakan masih lagi belum 'pulih' sepenuhnya daripada pemecatan yang dilakukan oleh United April lalu.

Moyes juga menjadi tidak pasti selepas tawarannya kepada Phil Neville sebagai penolong pengurus di Sociedad ditolak oleh bekas pemain United itu.

Menurut akhbar Britain, The Daily Mail, Neville tidak mahu berpindah atas alasan kekeluargaan. Dia dilaporkan tidak bersedia untuk memindahkan keluarganya dari England ke Sepanyol.

Namun begitu Moyes telah dibawa melawat pusat latihan Real Sociedad, Jumaat lalu dan selepas itu dipercayai memberitahu Presiden Sociedad, Jokin Aperribay akan membuat keputusan muktamad menjelang hujung minggu.

Hanya musim lalu Sociedad layak ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah tetapi nasib mereka tidak begitu baik musim ini. - mStar Online

0 Komen untuk "David Moyes dilantik sebagai pengurus baru Real Sociedad"