BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

180 peserta Boat On The Road (BOTR) 2014 ke Tasik Kenyir

Berkonsepkan ekspedisi memancing sambil bersantai, Boat On The Road (BOTR) 2014 kini kembali lagi ke Tasik Kenyir.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie berkata program kali ini menghimpunkan peserta dari dalam dan luar negara.

“Boat On The Road 2014  yang bermula hari ini hingga 16 November menghimpunkan seramai 180 orang peserta membabitkan dari pelbagai negara.

“Program kali ini sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya apabila konvoi singgah ke Pulau Warisan sebelum berlepas ke Tasik Kenyir,” katanya.

Beliau ditemui ketika majlis perlepasan peserta BOTR 2014 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Kanan Pelancongan Negeri Terengganu, Ishamuddin Hashim dan Penasihat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan Media Prima Berhad,  Datuk Ahmad A.Talib

Berkenaan sasaran pelancong ke Terengganu, Mohd Jidin berkata negeri mampu mencapai sasaran.

“Dengan pelbagai program yang ada dan bakal dijalankan sebelum berakhir tahun ini, kita mampu mencapai sasaran dengan 4.8 juta pelancong datang ke negeri ini.

“Untuk tahun hadapan, kita menaikkan sasaran seramai lima juta pelancong bakal berkunjung ke negeri ini,” ujarnya. - teganukita.my
0 Komen untuk "180 peserta Boat On The Road (BOTR) 2014 ke Tasik Kenyir"