BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Mangsa renjatan kabel elektrik setuju potong tangan

KLANG: Mangsa renjatan kabel elektrik yang melecur hampir 35 peratus tubuhnya, akhirnya membenarkan kedua-kedua tangan serta ibu jari kaki kirinya dipotong akibat dijangkiti kuman selepas mendapat nasihat doktor yang mengesyorkannya untuk berbuat demikian.

Kakak Mangsa, Maryuni Miskon, 32, berkata adiknya, Muhammad Hairuman, 22, bersetuju menjalani pembedahan itu selepas mendapat nasihat doktor bagi mengelak keadaan menjadi lebih serius.

Muhammad Hairuman dilihat memasuki bilik bedah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada jam 4.45 petang semalam.

Sementara itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa dan berjanji menyalurkan bantuan kepada mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Kami sangat bersimpati dengan mangsa dan berjanji membantu mangsa untuk mendapatkan sumbangan daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di samping mendapatkan peralatan seperti tangan palsu.

“Saya juga akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung perkara ini bagi mendapatkan bantuan susulan selain Kelab Putera 1Malaysia akan membantu mangsa menjalani kehidupan selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita di ruang legar HTAR, di sini, semalam.

Abdul Azeez juga turut menghulurkan sumbangan RM1,500 daripada Kelab Putera 1Malaysia kepada mangsa yang diwakili kakaknya.

Muhammad Hairuman, pelajar kolej swasta di Kuala Selangor terkena renjatan ketika mengambil upah mengait kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjung Karang pada 26 November tahun lalu.

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Kesian betul aku tengok Hairuman ni. Berikut ada beberapa gambar yang aku dapat dari emel. Semalam ada gak aku terbaca kat facebook. Jika korang berminat untuk hulurkan sebarang bantuan bolehlah hubungi kakak beliau.

Maryuni Binti Miskon
No.28 Jln Desa Mawar 2/11, Seksyen 2, Tmn Desa Mawar, 45500 Tanjong Karang, Selangor
No. Telefon: 0183807867
No. Akaun Maybank 162030632448 (Maryuni Bt Miskon - kakak Hairuman)









Tags: Mangsa renjatan kabel elektrik, Mangsa renjatan kabel elektrik potong tangan, muhammad hairuman Mangsa renjatan kabel elektrik, bantuan segera Mangsa renjatan kabel elektrik hairuman, hulurkan bantuan kewangan untuk hairuman, berita Mangsa renjatan kabel elektrik, gambar Mangsa renjatan kabel elektrik, derita Mangsa renjatan kabel elektrik, siapa Mangsa renjatan kabel elektrik, siapa hairuman

0 Komen untuk "Mangsa renjatan kabel elektrik setuju potong tangan"