RAWATAN urut tradisional merupakan amalan turun-temurun di kebanyakan negara di Asia malah kemampuan teknik itu kini mulai diterima di negara Barat berikutan keberkesanannya yang diiktiraf sains perubatan moden.
Urutan juga merupakan satu daripada cabang perubatan cara Islam manakala segelintir masyarakat menganggapnya sebagai perubatan alternatif.
Secara amnya, ia sesuai bagi merawat apa juga penyakit, sama ada penyakit baru atau sudah lama dihidapi, yang ringan mahupun yang kronik.
Selain mengatasi masalah terseliuh, kebas atau membetulkan perjalanan darah, teknik urut turut dikaitkan dengan rawatan mengembalikan kesihatan dan tenaga seksual lelaki terutama bagi wanita selepas bersalin.
Bagaimanapun, urutan yang menggunakan tangan sepatutnya dilakukan oleh mereka yang mahir dan profesional kerana jika tidak mengikut prosedur, urutan boleh memudaratkan.
Namun, urutan menggunakan tangan sahaja tidak mencukupi kerana sentuhan itu kemungkinan kurang berkesan serta pesakit tidak merasa puas walaupun teknik yang digunakan betul.
Justeru, bagi seorang pengamal urutan tradisional dari Utara tanah air, Baharom Yunus berjaya mengenal pasti kaedah lebih berkesan bagi tujuan mengurut. Yunus yang mesra dikenali sebagai Pak Jang menjelaskan, penggunaan tanduk seladang betina serta beberapa peralatan lain.
Khasiat tanduk seladang
Pak Jang menambah, urutan menggunakan jari-jemari sahaja kurang praktikal berbanding penggunaan peralatan khas yang dibuat sendiri atau dibeli.
Katanya tanduk seladang betina yang diperoleh dari Indonesia digunakan dalam teknik urutannya yang dikajinya sejak 20 tahun lalu.
“Sebelum mengurut saya akan menggunakan jari-jemari yang bertindak seperti alat 'pengimbas' untuk mengenalpasti anggota badan yang mengalami masalah urat.
Selalunya bahagian yang mempunyai banyak benjolan merupakan kawasan yang perlu diberi perhatian.
“Peralatan seperti tanduk seladang betina yang dibentuk seperti sudu digunakan bagi memecahkan bahagian saluran tersumbat yang berpunca daripada darah beku, lemak dan angin dengan bantuan minyak khas.
“Selagi terdapat permukaan tidak rata maka selagi itulah urutan dibuat. Apabila saluran bermasalah dirungkai dengan betul, aliran darah akan mengalir secara normal kembali,” katanya sambil mengurut seorang pelanggan menggunakan teknik tanduk seladang betina di Pondok Rawatan Nusantara (PRN) di Sungai Petani, Kedah.
Namun, bagi mereka yang tidak mahir dengan teknik berkenaan, dia menyarankan agar tidak sesekali mencubanya kerana khuatir boleh memudaratkan pesakit.
Paling penting katanya, urutan mesti sesuai dengan kaedah, tempat, kemampuan serta sensitif pada bahagian yang tidak boleh diurut.
Jelas lelaki yang kini menjangkau usia 63 tahun itu, teknik urutan yang diamalkannya seakan-akan terapi guasa dari China tetapi ia tidak terlalu ekstrem sehingga boleh meninggalkan garisan merah pada tubuh pesakit.
“Bagaimanapun, bahagian paling sakit dalam teknik ini apabila saluran darah tersumbat ditekan, tetapi kesannya selepas itu memang tidak sakit malah ada pesakit yang dipimpin sebelum rawatan mampu berjalan sendiri selepas diurut,” katanya.
Akuinya, setakat hari ini teknik berkenaan hanya boleh didapati di PRN sahaja malah dia menggunakan kira-kira 15 peralatan mengurut lain mengikut kesesuaian pesakit.
Antaranya, batu marmar yang dicanai khas, tanduk kerbau, tanduk seladang jantan, rotan, batu sungai dan tumbang kambing.
“Urut sepatutnya dilihat sebagai satu perubatan pencegahan dan sepatutnya dilakukan secara kerap. Ia sangat baik mencegah penyakit daripada menjadi lebih teruk seperti migrain, strok, lemah jantung, kebas, sengal-sengal selain bertujuan penjagaan kesihatan,” katanya.
Urut auta
Tegas Pak Jang, urutan yang dipraktik sejak sekian lama bukannya ‘auta’ kerana ia betul-betul teknik mengurut dan sentuhannya memang sampai ke urat malah mendapat pujian daripada pelanggan kerana teknik yang sememangnya berbeza dengan urutan dengan hanya menggunakan tangan.
Lebih menarik, Pak Jang yang sebelum ini pernah menderita penyakit jantung kronik mampu berulang-alik dari kediamannya di Permatang Pauh, Pulau Pinang ke PRN, Sungai Petani setiap hari kecuali Jumaat.
Sementara itu, bagi pengasas PRN, Roslan Mat Isa, 41, memberitahu, penggunaan kira-kira 15 peralatan mengurut itu lebih berkesan dan mampu menyembuh bahagian bermasalah secara terperinci.
“Kalau menggunakan tangan semata-mata, keupayaan mengurut adalah terbatas kerana kekuatan manusia ini bukanlah kuat sangat. Kalau nak tekan dengan jari sahaja memang tidak terasa dan jika terasa sekalipun mungkin sekejap sahaja lepas itu kembali tidak selesa,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, di PRN mereka menggunakan pelbagai minyak bagi tujuan urutan. Antaranya, minyak kelapa dara, minyak bijan, minyak matahari, minyak zaitun dan minyak yang dimasak dengan ramuan sendiri.
Jelasnya, dengan bantuan Pak Jang serta tujuh orang tukang urut secara sambilan konsep urutan yang diperkenalkan PRN kini semakin berkembang dan diterima orang ramai kerana ia memberikan kepuasan maksimum.
Selain pendedahan ilmu urutan daripada Pak Jang, Roslan terlebih dahulu mengikuti kursus pelbagai jenis rawatan di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), pusat perubatan swasta serta beberapa tempat lagi.
“Sebelum khidmat Pak Jang di pondok rawatan ini, saya juga mempunyai alat mengurut sendiri. Bagaimanapun, dengan kemasukan Pak Jang ke sini menjadikan rawatan lebih kemas,” katanya yakin.
Seorang pelanggan, Harun Hussain memberitahu, walaupun pertama kali dirinya membuat rawatan urut di PRN, tubuhnya begitu segar malah masalah di bahagian bawah lututnya semakin pulih setelah diurut menggunakan tanduk seladang betina.
Memang apabila urat ditekan pada ketika itu terasa sedikit sakit, tetapi dalam tempoh beberapa minit kesakitan itu beransur hilang,” katanya.
Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara
Gambar Menarik Minggu Ini
- (Gambar) Budak sekolah menengah ghairah seksi melampau
- Gambar seksi separuh bogel artis Malaysia Julie Woon
- Koleksi gambar Lana Nordin tayang tetek besar super hot
- [Gambar] Dibaham Piranha
- Lelaki Taf Kerap Mimpi Basah?
- (Gambar) Seks percuma untuk kumpul sperma di Shanghai
- Senarai nama ketua geng kongsi gelap 04, 08 dan 36
- Robot Transformers Optimus Prime terbesar didunia
- Risiko membesarkan payudara
- Pasangan ‘melekat’ macam belangkas dalam MRT
Followers
Blog Archive
-
▼
2011
(288)
-
▼
January
(114)
- Lori berbogel di tengah jalan
- Keputusan peraduan teka jumlah duit syiling
- Minuman Raja Herba penyembuh penyakit
- Pilihanraya Kecil DUN Tenang live
- Sejarah Facebook
- Sukan futsal berbahaya?
- Khairul Fahmi dinobat pemain terbaik perlawanan
- Buang bayi dalam longkang
- Redah 600km hadiri uji bakat Akademi Fantasia 9
- RM76 Juta kutipan tiket filem tempatan tahun 2010
- Mangsa renjatan kabel elektrik potong kaki kiri
- Highlight - United pamer kebangkitan menakjubkan
- Google kembangkan rangkaian perniagaan di Kuala Lu...
- Koleksi entry paling menarik dikalangan blogger
- 5 website yang perlu dilawati untuk hilangkan boring
- Cinta Laura Kiehl miliki bibir paling seksi
- Jadual Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL 2011)
- Pelajar diserang histeria cuba terjun bangunan sek...
- Peluang join BlogList wowberita.com
- [Gambar] Pakaian renang yang paling jimat kos
- Adakah perlu untuk membesarkan payudara?
- Highlight Liga Perdana Inggeris 22-1-2011
- Facebook chat lebih mesra dengan smiley icon
- 101 website yang tak popular tapi sangat berguna
- [Video] The Wang and Only makin glemer dalam Youtube
- Wow!Berita diterjah untuk kali ke-2
- [Gambar] Facebook mempunyai beberapa adik beradik
- Ribuan penganut Hindu mula sambut Thaipusam
- Mangsa renjatan kabel elektrik setuju potong tangan
- Fairuz Fauzy sertai Pasukan F1 Lotus Renault
- Cari 5 perbezaan dalam gambar yang diberikan
- Tutorial edit gambar tanpa gunakan Photoshop
- [Gambar] Dilarang letak gambar sendiri di internet
- Magic disebalik komputer dan laptop anda
- Masih ramai yang mempertikaikan kejayaan Ana Rafal...
- Keputusan penuh Liga Perdana Inggeris 16-1-2011
- Arnold Schwarzenegger hilang pendapatan RM610 juta
- Follower BloG Review Oleh Jejaka Terhangat
- Rabecca Nur Islam, Nor Azam selamat diijabkabul
- 148,500 tempat untuk lepasan SPM di IPTA tahun ini
- Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah online
- Jom main game snooker online
- Game yang menguji tahap kekuatan mental
- Formula 1 litar Sepang bermula 8 April
- 5 Blog Paling Menarik Untuk Dilawati Siri 2
- 6 pemain Terengganu dapat durian runtuh
- Wanita dirogol, dirompak, dipukul 3 penculik
- Gadis dakwa dicabul ustaz ketika rawatan
- Lionel Messi dinobatkan sebagai pemain terbaik dun...
- Michael Jackson mati akibat pembunuhan tidak sengaja
- BECKHAM dan Victoria bakal timang cahaya mata keempat
- Justin Bieber bakal adakan konsert di KL
- 3 remaja hamil lepas lari ikut kekasih
- Kemenangan Ana Rafalli - Tolong Ingatkan Aku diper...
- Jom layan movie Ngangkung 2010 Online
- Domain, Hosting & KAV Key I Jiwa Network Giveaway
- Ronaldo wira Real Madrid. Keputusan Piala FA Inggeris
- Gadis mengaku bayi jatuh di lubang tandas
- Mangsa asid selamat jalani pembedahan
- Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 25
- Kecoh Facebook akan ditutup 15 Mac depan
- Gambar Fasha Sandha berbikini di Bali
- Keputusan Jom main game bersama wowberita Siri 1
- 5 Blog Paling Menarik Untuk Dilawati Siri 1
- [Video] Jom layan movie 4 Madu online
- Segmen blog review bersama wowberita.com
- [Gambar] Liebherr T 282B Lori terbesar didunia
- [Video] Troll A - Pelantar gas terbesar dalam sejarah
- Tonton video anak diperkosa
- [Gambar] Apa bahayanya tandas duduk?
- Nur Fathia akui banyak perkara perlu dipelajari
- Nani ramal Man United kekal tanpa kalah
- Janda dihumban dari tingkat 10
- David Beckham lelong Porsche kesayangan di eBay
- [Video] Kegagalan dalam Amazing Race
- [Video] Prank yang paling kejam 18SG
- Penari buat aksi terbang
- Statistik wow!Berita selepas 10 hari pelancaran
- Budak maut di tali langsir
- 183 pelajar mandi peluh ketika belajar
- Keputusan penuh Liga Perdana Inggeris 6-1-2011
- Hernandez pencabar utama posisi Rooney
- Ikan tuna gergasi dijual RM1.21 juta
- Pelajar IPTA daftar 2-7 September
- [Gambar] Mayat diberi makan burung
- Tinggal bayi bawah pokok
- Kena kafan untuk buang saka
- Bayi lahir pukul 11.11 pagi pada 1.1.2011
- Rawat penyakit guna tanduk Seladang
- Justin Bieber sukar tidur pada waktu malam
- Minyak naik lagi. Poket tak naik-naik.
- [Gambar] Wanita smackdown peragut dalam lift
- [Gambar] Dibaham Piranha
- Wakaf remaja bercumbu/berkhalwat
- Pengasas Facebook, MARK ZUCKERBERG makin kaya
- Mercu tanda KL City Walk dibuka Februari
- Keputusan MUET dikeluarkan Khamis 6/1/2011
- Tinggalkan najis selepas mencuri
- Jom main game - Bling Bling Blaster
- Jom main game - Crash Down
-
▼
January
(114)
Template By. Catatan Info
3 Komen untuk "Rawat penyakit guna tanduk Seladang"
huiyoo tengok betis tuh seram..
mungkin leh jadi..gua pun penah rasa urutan dari tanduk seladang..mmg segar jerk rasa..sakit tuh jgn citer la
@one2paii
org yg pndai urut ni diorng pndai cari urat...tu yg skit giler2 tu....tp pastu kompom lega dh...hehe..