
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, KL City Walk yang meliputi kawasan sepanjang Lorong P. Ramlee itu bakal menempatkan para peniaga baru terdiri pelbagai kaum yang menjual bermacam produk tempatan yang unik seperti makanan, cenderahati dan kraftangan.
"Kita mahu menepati konsep Malaysia sebagai wajah Asia sebenar seperti menjadikan Malaysia negara yang mempunyai identiti tersendiri di mata pelancong antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak projek itu di Jalan Pinang dan Jalan Bukit Bintang di sini hari ini.
Saravanan berkata, kawasan seluas 450 meter di sepanjang jalan itu telah dibina menjadi tempat pelancongan yang bergaya dengan pelbagai ruang niaga eksklusif termasuk kedai, kafe dan restoran yang berbagai-bagai jenis.
Menurutnya, kementerian berharap kawasan itu dapat setanding dengan 'Bintang Walk' di sepanjang Jalan Bukit Bintang yang merupakan antara tempat paling bergaya di ibu kota ini selain dapat meningkatkan ketibaan pelancong antarabangsa ke negara ini. - Bernama
Sumber: Kosmo
Nota Dahi: Betul ke gambar KL City Walk yang aku post kat atas tu? Maklum la aku pun jarang sekali nak sampai KL ni. Kalau korang nak lebih info pasal KL City Walk ni, korang masuk website rasmi diorang. Klik sini.
2 Komen untuk "Mercu tanda KL City Walk dibuka Februari"
cam best je..
@nurul lalala
xtau nk ckp la tu...blom tgk lg rupa sebenar...harap best la...hehe...