Troll A dibina pada 1991 dan siap sepenuhnya pada 1996 oleh syarikat pembinaan dari Norway dan sekarang ia dipegang oleh syarikat minyak Statoil. Jumlah ketinggian pelantar gas ni adalah 472 meter (KLCC 451 meter) atau lebih kurang 1500 kaki dan mempunyai berat 656,000 tan. Bayangkan!
Dalam keempat-empat kaki pelantar tersebut, ia mempunyai lift yang mengambil masa 9 minit untuk sampai ke bahagian paling bawah. Ketebalan kaki pelantar pula 1 meter untuk menampung jumlah tekanan yang sangat tinggi di dasar laut dan ombak yang kuat.
Sumber: Wikipedia
Sumber gambar: Aban Google
Berikut adalah video dokumentari yang aku sedut daripada youtube untuk tatapan korang semua. Video ni menerangkan secara terperinci bagaimana pelantar yang sebegitu besar ni boleh diletakkan ditengah lautan tu. Dasyat bukan teknologi zaman sekarang?
Nota Dahi: Member aku ada cakap, baru beberapa orang je orang Malaysia yang pernah sampai kat platform Troll A ni. Bukan senang nak bleh sampai sini der. Doakan aku bleh sampai kat sini gak nanti yerk. Hakhakhak...
4 Komen untuk "[Video] Troll A - Pelantar gas terbesar dalam sejarah"
perghh!hebat!
thanks for the info. nak layan video tu japgi. hehe
@cik ciput
yup mmg hebat...kagum btol tgk...
@Dawa
welcome...byk mklumat dlm video tu...