Ditambah pula isu drama Sakti Delima disifatkan menyimpang dari ajaran Islam hingga siarannya dihentikan serta merta Isnin lalu selepas empat episod, atas arahan Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF).
Isu Fasha Sandha berbikini ketika bercuti di Bali, Indonesia juga hangat diperkatakan tetapi itu hanyalah isu kecil.
Saya tumpang simpati dengan apa dilalui Ana Raffali yang mencipta, menulis lirik dan menyanyikan lagu itu. Bukan kerana dia wanita tetapi sebagai artis baru yang mengecapi kejayaan besar secara tiba-tiba, berhadapan situasi kejayaan karyanya tidak direstui pastinya pahit buat gadis yang dikenali dengan imej baju kurung itu.
Malah episod demi episod dilalui Ana, bukan hanya selepas lagunya diumumkan juara malah macam-macam cerita digali sebagai menyokong pertikaian kejayaannya itu. Mujur ketua juri, M Nasir mempertahankan keistimewaan lagu itu dan menegaskan ia memang layak diangkat juara.
Tapi, sayangnya, barisan juri tidak sekata apabila salah seorang juri, mengatakan lagu itu memang tidak layak menang. Sememangnya berbeza pendapat, cita rasa dan pilihan dalam mengadili pertandingan tetapi ia dilihat kurang bijak kerana perlu akur dengan undi majoriti berbanding masyarakat majoriti yang sukar menerima kekalahan Ana kerana itu sesuatu yang biasa.
Belum pun mampu Ana menarik nafas, Ana berhadapan pula tindakannya membuang nama Andy Flop Poppy dalam senarai ahli kumpulan The Marhaen yang tertera pada Kelab Peminat Facebook miliknya.
Ada menganggap Ana takut berhadapan kontroversi disebabkan Andy adalah salah seorang juri AJL25. Perkara itu juga terpaksa dijelaskannya.
Sememangnya, bukan mudah untuk duduk selesa apabila berada di atas kerana sentiasa dicucuk orang dari bawah hingga tidak senang duduk. Hanya kekuatan iman dan semangat kental menjadi senjata untuk menghadapi semua itu.
Bagi Ana yang baru setahun jagung bergelumang dalam dunia seni, tentu sukar untuknya tetapi semua itu akan membuatkan Ana lebih tabah dan matang dalam mengharungi dunia seni.
Mungkin pencalonan untuk tiga kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) yang diumumkan Rabu lalu memberi sedikit semangat kepada Ana. Bayangkan cabaran yang harus dilalui mereka yang sudah lama bergelumang dalam dunia seni.
Jamal Abdillah, sejak menjuarai Bintang RTM pada 1979, berhadapan pelbagai kontroversi apabila terjebak dengan najis dadah. Bukan mudah untuk membuangnya tetapi Jamal tidak pernah putus asa.
Dia tetap diterima kerana keistimewaan yang ada padanya. Hingga kini, tiada siapa mampu menandingi kehebatan vokalnya dan Isnin lalu, saya juga tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan persembahan Jamal Abdillah untuk Konsert J2011-Legenda di Istana Budaya.
Ini kali ketiga Jamal beraksi di tempat prestij itu. Kali pertama, One Night Only With Jamal Abdillah pada 2006 kemudian Jamal... Kembara Seniman (2009) dan ketiga-tiganya mendapat sambutan yang cukup baik.
Walaupun konsert ini mendapat ulasan kurang memberangsangkan kerana Jamal menyanyikan lagu-lagu evergreen, saya tidak mahu ketinggalan menyaksikan semua konsertnya dan mahu melihat sendiri di depan mata mengenai kebenaran komen-komen itu.
Saya berpeluang berada di Panggung Sari, IB pada malam akhir. Terima kasih kepada Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani yang tetap memberi ruang kepada media walaupun jualan tiket laris dan akhbar hari itu mengulas konsert Jamal syok sendiri kerana nyanyi lagu kurang popular dan jarang didengar peminat.
Menyaksikan persembahan Jamal ketika Minggu Setiausaha tahun lalu, sememangnya Jamal suka menyanyikan lagu-lagu evergreen dan segmen ketika menyanyikan lagu popular penyanyi lagenda Nusantara, M Bakri, S Effendi dan Yopie Latul, Rayuan Maut, Kalipso Tropikana, Perasaan, Secupak Dua Cupak, membuatkan penonton generasi muda hilang minat hingga dikatakan kehebatan persembahannya merudum ketika segmen itu.
Mungkin Jamal membesar dengan lagu-lagu itu kerana Lancang Kuning turut menjadi taruhannya ketika menyertai Bintang RTM selain lagu Alleycats, Senandung Semalam. Jamal juga suka lagu Fatwa Pujangga serta lagu-lagu Tan Sri P Ramlee, Tidurlah Permaisuri dan Jeritan Batinku.
Dilema dihadapi Jamal apabila peminat mahukan dia menyanyikan Kekasih Awal dan Akhir dan Azura tetapi dirinya mahu ketengahkan lagu popularnya yang lain, Seniman Menangis, Sepi Seorang Perindu, Cinta Yang Terbiar, Takdir Penentu Segala dan Sepi Seorang Perindu.
Tentunya Konsert J2011-Legenda memberi pengajaran besar buat Jamal dan harus diingat bahawa dua lagu itu wajib dan mesti disampaikan dalam konsertnya untuk mengelakkan rasa tidak puas hati peminat.
Dalam usia 52 tahun, penyanyi kelahiran Ipoh, Perak pada 7 Mei 1959 dan mendapat pendidikan di tingkatan satu hingga tiga di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan ini melalui perubahan ketara kerana pandai berkomunikasi dengan penonton dan suka buat lawak. Malah, Jamal tidak malu mengakui hakikat dia pernah mengambil dadah apabila bercerita secara spontan dengan penonton.
Sumber: Harian Metro
Nota Dahi: Aku masih tak faham kenapa orang masih tak boleh terima kemenangan Ana Rafalli ni. Lagu Tolong Ingatkan Aku tu bukannya tak best sangat pun tapi bleh la nak layan. Dah nama pun pertandingan so kalah menang tu adat pertandingan la kan. Dah rezeki dia nak wat macamana. Aku sikit pun tak kisah Ana Rafalli jadi juara. Hehe...Nak tengok keputusan penuh AJL25? Klik sini.
Tags: ajl25, download lagu ajl25, anugerah juara lagu 25, ajl25 2011, ana rafalli menang, faizal tahir, hafiz af7, ana rafalli juara lagu, tolong ingatkan aku ana rafalli lagu, download lagu ana rafalli percuma, download lagu mediafire, yuna, cinta sempurna, meet uncle hussein, ajl25 bukit jalil, layan video ajl25, bunkface, siti nurhaliza juara lagu ajl25, hujan mencari konklusi, juara RM35000, download lagu tomok, mp3 ana rafalli percuma, biodata ana rafalli, biodata hafiz af7, gambar artis ajl25, gambar penyanyi ajl25, lagu ana rafalli tak layak, kemenangan ana rafalli dipertikaikan, lagu ana rafalli tak best, facebook ana rafalli, blog ana rafalli, dengar lagu ajl25, lagu terbaik ajl25, juri ajl25 tak adil, persembahan ajl25, gimik ajl25, pengacara ajl25, faizal ismail, cheryl samad, persembahan terbaik ajl25, lagu terbaik ajl25, vokal terbaik ajl25,naib juara ajl25, tempat ketiga ajl25, disebalik ajl25, red carpet ajl25, artis melaram ajl25, malam ajl25
0 Komen untuk "Masih ramai yang mempertikaikan kejayaan Ana Rafalli di AJL25"