Ok berbalik pada tajuk asal post ni iaitu berkenaan dengan traffik. Semua blogger mahukan traffik yang tinggi ke blog diorang. Ada sesetengah blogger menggunakan cara blogwalking sebagai medan untuk menaikkan traffik dan ada juga yang mempraktikkan Search Engine Optimization (SEO). Tapi harus diingat, jika anda mempraktikkan SEO, ia akan memberikan traffik yang berterusan ke blog anda berbanding blogwalking.
Selain SEO dan blogwalking, adakah cara lain yang lebih berkesan untuk tingkatkan traffik blog? YA! Memang terdapat banyak cara untuk menaikkan traffik blog anda. Untuk entry kali ini, apa yang aku ingin promotekan ialah APESAL.COM. Untuk pengetahuan anda, apesal dibina sebagai platform bagi blogger di Malaysia saling menjana traffic.
Ibaratnya: Anda bagi traffic kepada Apesal dan Apesal akan kembalikan semula traffik 3 kali ganda kepada anda.
Betul ke Apesal boleh jana traffik ke blog anda? Ok lihat saja screenshot kat bawah ni. Anda boleh lihat berapa ramai pelawat yang datangnya dari Apesal sepanjang bulan Februari ni.
Menarik bukan? Ok bagaimana Apesal ni berfungsi? Untuk pengetahuan anda, jika anda ingin menerima traffik daripada Apesal, anda mestilah terlebih dahulu meletak widget seperti dibawah ataupun pada sidebar blog ini. Selepas itu, katakan pelawat blog anda klik pada widget Apesal, Apesal secara automatik akan memberi balik 3 kali ganda klik ke blog anda.
Contohnya, anda telah memberi 100 klik pada Apesal melalui widget tersebut, Apesal akan menghantar balik 300 klik kepada blog anda. Mudah je kan? Bagi anda yang belum meletakkan widget Apesal di blog anda, mulalah letak widget tersebut sekarang dan mula jana traffik percuma ke blog anda. Sila klik mana-mana entry pada widget dibawah dan daftarkan keahlian anda di Apesal sekarang.
Nota Dahi: Semoga entry ini dapat memberi manfaat yang sepenuhnya kepada anda dan anda dialu-alukan untuk kongsikan entry ini di blog anda.
0 Komen untuk "Cara berkesan tingkatkan traffik blog"