Keputusan penuh Carling Cup 2011 menyaksikan Birmingham mencipta kejutan apabila berjaya menundukkan Arsenal 2-1. Ini sekaligus telah memberi tekanan kepada pengurus Arsene Wenger apabila Arsenal bakal bermain pada perlawanan ulangan Piala FA dan berkunjung ke Barcelona untuk perlawanan kedua Liga Juara-Juara Eropah minggu ini.
Gol Arsenal dijaringkan oleh Van Persie pada minit ke 39 hasil hantaran lintang Arshavin. Sebelum itu, Zigic mula meletakkan Birmingham didepan pada minit ke 28 selepas menanduk bola menewaskan penjaga gawang Arsenal, Szczesny. Walaubagaimanapun, harapan Arsenal untuk merangkul Carling Cup hancur apabila o. Martins menjaringkan gol kemenangan Birmingham pada minit akhir permainan (minit ke-89).
Senarai pemain Arsenal dan Birmingham City Final Carling Cup 2011
Arsenal (4-2-3-1): Szczesny (Gk), Sagna, Koscielny, Djourou, Clichy, Song, Wilshere, Nasri , Arshavin, Bendtner, Van Persie
Birmingham City (4-4-2): Foster (Gk), Carr, Jiranek, Johnson, Ridegwell, Larsson, Ferguson, Bowyer, Gardner, Martins, Zigic
0 Komen untuk "Keputusan Carling Cup 2011 Arsenal vs Birmingham"