BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Facebook, Google bakal ambil alih Twitter

NEW YORK 10 Feb. - Eksekutif syarikat mikroblogging Twitter Inc. dilapor telah mengadakan perbincangan 'peringkat rendah' dengan eksekutif Facebook Inc. dan Google Inc. beberapa bulan lepas berhubung kemungkinan pengambilalihan Twitter, menurut laporan laman web akhbar Wall Street Journal, semalam.

Menurut akhbar tersebut, perbincangan telah dijalankan dan anggaran pengambilalihan syarikat tersebut berkemungkinan menelan belanja sebanyak AS$8 bilion (RM24.3 bilion) hingga AS$10 bilion (RM30.4 bilion).

Disember lalu, Twitter telah menambah pembiayaan syarikat sebanyak AS$200 juta (RM609.2 juta) dalam satu perjanjian yang meletakkan nilai syarikat tersebut kepada AS$3.7 bilion (RM11.2 bilion) ketika itu.

Pembiayaan dari Silicon Valley, firma usahasama Kleiner Perkins Caufield & Byers dan pelabur-pelabur Twitter itu, menekankan harapan tinggi pelabur terhadap syarikat rangkaian sosial tersebut. Google dan Facebook tidak mengulas lanjut laporan Wall Street Journal itu.

Facebook baru-baru ini menambah pembiayaannya dalam satu perjanjian yang meletakkan nilai laman web sosial itu kepada AS$50 bilion (RM157 bilion), berbanding AS$10 bilion (RM30 bilion) pada pertengahan 2009.

Google dan Facebook sebelum ini pernah membincangkan tawaran pengambilalihan Twitter dengan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg menawarkan sejumlah AS$500 juta (RM1.5 bilion) kepada pengasas Twitter bagi tujuan itu. Bagaimanapun urus janji itu gagal. Twitter kini mempunyai seramai 175 pengguna berdaftar. - Reuters

Sumber: Utusan Malaysia

Nota Dahi: Selepas timbulnya isu Facebook akan ditutup pada 15 Mac ni, nampaknya ianya suatu khabar angin yang tidak benar. Ini kerana timbulnya khabar angin tentang Facebook mahu ambil alih Twitter. Siapa pula pengasas Twitter ye? Nantikan pada entry yang akan datang tentang sejarah Twitter pula.

0 Komen untuk "Facebook, Google bakal ambil alih Twitter"