BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

4 lelaki yang merogol seorang wanita dihukum gantung

SEORANG wanita India membawa replika tali gantung dan neraca ketika berkumpul sementara menunggu keputusan kes rogol di luar kompleks mahkamah di New Delhi, semalam.
New Delhi: Mahkamah India semalam mengarahkan empat lelaki yang dituduh merogol seorang wanita muda sebelum mencampaknya keluar dari bas yang bergerak supaya dihukum gantung.

Hakim Yogesh Khanna berkata, serangan yang mengejutkan masyarakat India dan dunia itu berlaku ketika jenayah terhadap wanita kian meningkat.

“Mahkamah tidak boleh menutup mata terhadap jenayah yang mengerikan itu,” katanya.

Selepas hukuman dibacakan raungan seorang daripada empat perogol itu, Vinay Sharma, 20, kedengaran di kamar mahkamah. Sharma yang juga pembantu gimnasium kemudian menangis teresak-esak.

Ketika Khanna berlalu dari bangkunya, peguam bela A P Singh yang membela keempat-empat perogol itu mula menjerit ke arahnya.

“Ini bukan kejayaan kebenaran, tetapi tewasnya keadilan,” katanya. Dalam kejadian di New Delhi Disember tahun lalu itu, mangsa yang berusia 23 tahun menaiki bas bersama rakannya selepas menonton filem “Life of Pi” apabila mereka diserang. 

Teman mangsa dibelasah dan dicampak keluar, manakala wanita terbabit dirogol bergilir-gilir. Kemaluan wanita itu juga ditusuk dengan batang besi. Dia akhirnya gagal diselamatkan ketika dirawat di sebuah hospital di Singapura. - AP

Sumber: Harian Metro
0 Komen untuk "4 lelaki yang merogol seorang wanita dihukum gantung"