KDN mendedahkan nama ‘kepala’ tiga kumpulan kongsi gelap iaitu 04, 08 dan 36 masih aktif di kawasan masing-masing.
Kumpulan 04 yang turut dikenali sebagai Tiram Sasi di Johor, Sungai Way Sugu (K.L), Green Line Samy (Pulau Pinang), Prai Bala (Pulau Pinang) dan Langkap Sasi (Perak dipercayai terlibat dalam kes tembak di Kampar Perak melibatkan anak dan bapa), Selvam (Batu Gajah) yang dipercayai mempunyai kelab 04 di Taman Perdana Batu Gajah, Ragu (Ayer Tawar), Sudha (Sitiawan).
Kumpulan 08 juga dikenali sebagai Indren di Pulau Pinang, Jiva (Pulau Pinang), Dark (KL), Siva Guru (Kuala Lumpur), Muthu (Ipoh), Skey (Johor), Shoby (Kuala Lumpur) dan Gobi (Kuala Lumpur).
Kumpulan 36 dikenali sebagai Cendol Kanna (Kuala Lumpur), Ratenan (Kuala Lumpur), Devan (`kepala’ 36 Kuala Lumpur yang juga jutawan dan pembekal dadah), Kajang Balan (Kajang dan orang kanan bagi Devan), Seremban Denial (Seremban), Pelai (Taiping yang terlibat dalam kes tembak di Relau melibatkan seorang lelaki yang pernah ditahan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas dari Taiping berpunca daripada masalah dadah dan sama kumpulan dengan bekas tentera ditembak sebelum ini).
Nama ‘kepala’ lain, M.G Buntong (Perak), Satia (Perak), Kajang Kalai (Kajang diperrcayai orang rapat dengan Devan), Santhanem (Kuala Lumpur), Ulu Tiram Api (Johor Baharu), Rama (Johor Baharu), Sadam (Butterworth), Satish (Butterworth), Arvin (Kulim), Avi @ Avinash (Kulim dan Kuala Lumpur) dan Alavanthan (Kulim).
Ops Cantas Khas bermula 17 Ogos lepas bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi.
KDN sebelum ini mengharamkan 49 kongsi gelap yang menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, membunuh, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara. — BERNAMA
0 Komen untuk "Senarai nama ketua geng kongsi gelap 04, 08 dan 36"