Suami yang mendekati isteri di malam pertama dengan pujian-pujian verbal mahupun tidak, patutlah menjadikan anda rasa gembira. Tapi samada itu adalah tanda cinta yang tulen, satu pujukan untuk melakukan hubungan seks, atau hanya tinggal pujian adalah bergantung kepada apa yang menyusuli perlakuan itu:
1. Tanda Pada Matanya.
Jika matanya merenung, itu menunjukkan dia berminat tetapi dia mendapati anda sedikit menekan perasaannya. Jika keningnya terangkat itu tandanya dia lebih berani. Jika renungan matanya tepat, itu adalah tanda dia berani menawan anda.
2. Tanda Senyumannya.
Sekiranya suami memberikan senyuman yang hangat dan kelihatan terbuka, ia tanda bahawa dia secara tulen berminat kepada anda. Jika dia senyum tetapi kelihatan tegang dan tertutup itu menunjukkan dia kurang yakin atau mungkin dia tidak percaya pada isteri.
3. Menjilat Bibirnya.
Walaupun wanita tidak begitu menyukai kelakuan seperti ini, ia adalah tanda bahawa lelaki itu berani syahwatnya bangkit, dan dia akan melakukan cumbuan-cumbuan dengan bernafsu.
4. Berjenaka.
Jika dia banyak berjenaka ketika itu, dia adalah suami yang merasa tidak selesa apabila mahu menjadi agresif. hubungan seks memerlukan lelaki menjadi agresif. Anda perlulah memberikan keyakinan kepadanya agar dia berani meneruskan niatnya untuk mencumbui anda.
5. Menyentuh Dan Membelai.
Dia adalah lelaki yang berani dan yakin. Dia dikawal oleh rasa keberahian dan menggunakan sentuhan dan belaian untuk mengawal hubungannya dengan anda.
6. Memuji.
Ini perlulah diperhatikan. Ada suami yang memang ikhlas dengan pujian, sedangkan ada pula yang mempunyai tujuan lain. Apa yg harus anda lakukan ialah menumpukan perhatian kepada apa yg dia katakan. Sekiranya dia memuji secara patut, anda telah menemui suami yang tidak takut untuk menyuarakan apa yang dirasakan di dalam hatinya.
Sumber: kesihatandanseks.blogspot.com
0 Komen untuk "Cara Suami Mendekati Isteri pada Malam Pertama"