Tiga hari sebelum menjelang Aidilfitri, peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perceraian aktres jelita Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan Abdul Radzak. Lafaz cerai tersebut dilafazkan oleh pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu menerusi SMS gara-gara Aidil dikatakan hilang sabar ekoran artikel luahan Rita dalam sebuah akhbar.
Selepas lebih kurang dua minggu mendiamkan diri, akhirnya Aidil tampil membuat kenyataan menerusi Berita Harian hari ini, mendakwa Rita berbohong. Aidil yang enggan mengesahkan tindakannya menghantar SMS untuk meneceraikan Rita bagaimanapun dia mengaku sudah hilang sabar terhadap ibu dua anak itu.
Selama ini Rita menyatakan sepanjang tidak tinggal bersama, Aidil gagal memberi nafkah kepada dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin (4 tahun) dan Airit Rafqa Arjuna (2 tahun). Aidil menegaskan dia menjalankan tanggungjawabnya malah katanya, dia ada menyimpan semua bukti pemberian nafkah tersebut.
Sementara mengulas mengenai isu setiap keputusan yang dibuat sebenarnya turut dipengaruhi oleh teman wanitanya yang dikenali sebagai Zareema, jawab Aidil
“Tiada siapa yang pengaruhi saya dalam setiap keputusan yang saya buat. Sebelum ini dia (Rita) tuduh adik saya, Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah banyak campur tangan dalam hal rumah tangga kami. Kini Zareema pula jadi mangsa. Biarlah saya berterus terang bahawa setiap keputusan yang saya buat ini lahir dari hati saya. Buat apa saya hidup dengan orang yang pentingkan diri sendiri seperti dia? Saya juga mengimpikan kehidupan rumah tangga yang sempurna seperti orang lain.
“Bayangkan selama beberapa tahun kami berkahwin, tidak pernah sekali dia mengikut saya pulang ke rumah keluarga saya pulang ke rumah keluarga saya di Seremban
“Siapa kata keluarga saya tidak terima dia? Jika ibu bapa saya tidak terima saya, takkan lah mereka datang melawat ketika dia melahirkan anak kami? Bayangkan orang lain seronok beraya bersama keluarga masing-masing, saya terpaksa beraya seorang diri. Tapi bila tiba giliran dia, saya tiada masalah mengikutnya pulang ke kampungnya di Perlis. Jadi, berapa lama lagi saya harus bersabar?, katanya.
Sama seperti Rita yang akan memastikan hak penjagaan anak berpihak kepadanya, Aidil juga berkata dia bertekad dan akan memastikan dirinya juga ada hak ke atas kedua-dua zuriat mereka itu. - Malaysian Digest
0 Komen untuk "Aidil hilang sabar kerana Rita Rudaini tak jujur"