BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Doktor conteng muka pesakit disaman


LOS ANGELES – Seorang pesakit yang tidak sedarkan diri menjadi mangsa seorang doktor ketika pembedahan dijalankan ke atasnya apabila doktor terbabit telah melekatkan sticker di mukanya.

Sticker itu berupa pelekat air mata dan misai.

Kejadian itu yang berlaku pada 2011 telah terbongkar selepas seorang jurugambar merakamkan gambar pesakit berkenaan.

Sehubungan itu, doktor terbabit telah disiasat dan tindakan saman turut dikemukakan oleh pesakit berkenaan ke atas Pusat Perubatan Torrance Memorial kerana melanggar privasi perubatan.

Doktor tersebut, Dr. Patrick Yang telah dikenakan tindakan disiplin oleh pusat perubatan berkenaan manakala kakitangan lain yang terlibat dalam insiden berkenaan turut dikenakan tindakan sama.

Namun mereka semua tidak dipecat.

Ketika mempertahankan diri, Dr. Patrick memberitahu, dia melekatkan sticker dan mewarnakannya pada muka mangsa, kerana menyangka ia sesuatu yang lucu dan mangsa yang juga pekerja di hospital  itu iaitu Veronica Valdez akan menyukainya.

Sementara jururawat Patricia Gomes pula merakamkan gambar Valdez.

Dia menjelaskan gambar itu tidak pernah tersebar kerana dia tidak pernah mengirim emel atau memuat naik di mana-mana tempat.

Malah kata Gomez, dia memadamkan imej tersebut selepas menunjukkannya kepada Valdez.

Dalam pada itu, pengasas Hak Privasi Pesakit, Dr. Deborah Peel mengecam tindakan merakamkan gambar pesakit.

“Ia merupakan idea yang gila, apabila anda membawa masuk telefon bimbit ke dalam bilik pembedahan.

“Ia jelas melanggar aspek keselamatan dan sensitivity pesakit,’ katanya. - mynewshub
0 Komen untuk "Doktor conteng muka pesakit disaman"