BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Krisis Syarikat Penerbangan MAS: 6,000 pekerja bakal dibuang


Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja kepada 14,000 dan akan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di bawah pelan pemulihan syarikat itu, kata Khazanah Nasional Berhad.

Khazanah sebagai pemegang saham terbesarnya hari ini mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran dilakukan selepas MAS kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.

Kerugian semakin bertambah selepas syarikat itu berdepan dua tragedi besar, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.

Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar menggariskan 12 perkara bagi membolehkan MAS mencatatkan semula keuntungan dan memulihkan syarikat penerbangan negara itu.

Antara 12 perkara yang disenaraikan dalam pelan penstrukturan semula MAS juga melibatkan rombakan menyeluruh MAS, yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu mencapai keuntungan mampan dalam tempoh 3 tahun daripada penyahsenaraian daripada Bursa Malaysia, menjelang akhir 2017.

Azman berkata, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya akan terus berkhidmat setahun lagi sehingga Julai, 2015, lapor TMI.
0 Komen untuk "Krisis Syarikat Penerbangan MAS: 6,000 pekerja bakal dibuang"