BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

BHIC dapat kontrak servis kapal selam Scorpene


KUALA LUMPUR: Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) mengumumkan ia telah menerima kontrak rasmi bagi memberikan servis sokongan dalaman untuk dua kapal selam Scorpene kelas Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, BHIC berkata, anak syarikatnya, Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd pada 13 Ogos 2010 menerima satu surat anugerah daripada kerajaan Malaysia bagi melaksanakan kontrak bernilai 193 juta euro dan RM532 juta dan berkuatkuasa sehingga 30 November 2015.

Kontrak itu termasuk pakej sokongan logistik bersepadu penuh kapal selam, mengandungi pakej alat ganti komprehensif di samping pemasangan kelengkapan bengkel, kelengkapan dan kemudahan di kawasan masing-masing serta penjagaan dan penyelenggaraan mereka.

Kontrak itu juga merangkumi perkhidmatan kapal tunda dan operasi serta penyelenggaraan pelancar kapal, sistem pemindahan dan 'perkhidmatan tali pusat' kapal selam.

BHIC berkata, tiada perbezaan di antara kandungan kontrak rasmi dan surat anugerah. 
0 Komen untuk "BHIC dapat kontrak servis kapal selam Scorpene"