BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Torres tetap hormati Mourinho walaupun sering dikritik


FERNANDO Torres mengakui telah mempelajari pelbagai ilmu baharu dalam bola sepak ketika berada dibawah bimbingan Jose Mourinho pada musim lalu di Chelsea.

Torres mengakhiri kariernya di Chelsea selepas menyertai AC Milan menerusi pinjaman selama dua tahun bulan lalu bagi menggantikan ketiadaan Mario Balotelli.

Mourinho sebelum ini sering mengkritik barisan penyerangnya iaitu Torres, Demba Ba dan Samuel Eto berikutan penampilan mereka yang kurang memberangsangkan untuk menjaringkan gol pada saingan liga musim lalu.

Pada musim lalu, Torres menjaringkan sebanyak 46 gol daripada 172 penampilan bersama Chelsea selepas meninggalkan Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai £50 juta.

Walaupun sering dikritik tetapi pemain terbabit memberitahu bahawa dia gembira semasa berkerjasama dengan The Special One.

"Saya mempunyai hubungan secara profesional dengan Mourinho.

"Apabila saya memberitahunya untuk ke AC Milan, dia mengucapkan selamat berjaya serta memberitahu kelebihan dalam bola sepak di sini (Liga Perdana Inggeris)," jelas Torres. - mStar
0 Komen untuk "Torres tetap hormati Mourinho walaupun sering dikritik"