BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Penampilan mengejutkan Didie Alias semasa majlis Fizo Mawar


Didie Alias sememangnya sinonim dengan gelaran Lady Gaga Malaysia dek kerana etika pemakaiannya yang sering menjolok mata, pelik dan terlalu ketat.

Baru-baru ini sahaja, fesyen yang digayakan pelakon dan pelawak itu untuk program Super Spontan 2014 paling pelik dan menakutkan. Entah apa yang ada di fikiran Didie sehingga semakin berani tampil dengan pakaian sedemikian dan cukup memalukan.

Begitupun, ada satu berita menarik buat netizen di luar sana mengenai aktres berusia 40 tahun itu. Penampilannya yang berhijab sempena Majlis Rumah Terbuka Fareeda yang dihoskan beliau sendiri mencuri tumpuan orang ramai.

Ramai neziten mengharapkan agar cara berpakaian sopan sedemikian dapat diteruskan dan tidak lagi kembali ke fesyen-fesyen yang dulu.



0 Komen untuk "Penampilan mengejutkan Didie Alias semasa majlis Fizo Mawar"