BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Pemain tengah United, Tom Cleverly dipinjam ke Aston Villa


PEMAIN Tengah Manchester United, Tom Cleverly menyertai Aston Villa menerusi pinjaman pada saat akhir pintu pemindahan pemain ditutup pada Isnin.

Bagi mendapatkan Cleverly, Villa terpaksa memohon tempoh pemindahan dilanjutkan selama dua jam untuk memperolehi persetujuan United, dan mereka berjaya menyerahkan kertas kerja perpindahan tersebut selepas 15 minit tempoh lanjutan tamat.

Bagaimanapun, selepas meneliti kes tersebut, Liga Perdana Inggeris meluluskan pinjaman berkenaan bagi membolehkan Cleverly beraksi untuk Villa pada musim ini.

Tempoh itu merupakan satu jangka masa mendebarkan buat Cleverly yang sepatutnya ingin ke Villa melalui pemindahan tetap dengan yuran pemindahan sebanyak £7.5 juta.

Bagaimanapun, usaha Villa mendapatkan Cleverly hampir dipintas oleh Everton apabila pengerusinya, Bill Kenwright membuat perbincangan terbuka dengan Ketua Eksekutif United, Ed Woodward untuk membida pemain itu pada harga £5.5 juta.

Tawaran yang rendah kemudian memaksa United menolak bidaan Everton sekaligus memberi peluang kepada Villa untuk merealisasikan hasrat mereka. - mStar
0 Komen untuk "Pemain tengah United, Tom Cleverly dipinjam ke Aston Villa"