BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Lufya jawab isu Zarina Anjoulie, diraba dan ketiak basah


Lain pula cerita daripada pihak Lufya yang menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat atau maksud untuk mengaibkan Zarina Anjoulie seperti yang didakwa oleh pelakon sensasi tersebut di laman Twitter peribadinya.

Bagi mendapatkan cerita dan kisah sebenar mengapa perkara berkenaan boleh tercetus, portal murai.com.my menghubungi sendiri Lufya untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara yang kini panas juga kutukan yang dilemparkan kepadanya.

“Saya tidak ada maksud mahu menjatuhkan Zarina tetapi saya hanya mahu orang ramai tahu Lufya dan Zarina adalah dua individu berbeza.

“Saya tidak ada niat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Kerana bukan sekali dua saya dimalukan di tempat terbuka dan saya tidak tahu menahu mengenai hal tersebut.

“Seperti kejadian di The Curve, saya diraba dan individu tersebut menyebut nama Anju. Mujurlah ketika itu tidak ada orang yang lalu lalang.

“Hal sebegini membuatkan saya mahu tampil menjelaskan keadaan sebenar tetapi saya tidak menyangka begini pula jadinya,” ujar Lufya yang kecewa niat baiknya disalah ertikan.

Lufya juga diajukan soalan mengenai kenyataan Zarina yang memalukannya dan dia menggangap perkara itu sebagai bahan jenaka yang tidak masuk akal.
“Saya tidak peduli jika dia mahu mengutuk saya atau meletak gambar menunjukkan ketiak yang basah di Internet kerana itu sungguh tidak profesional dan kelakar.

“Hal ini tidak perlu diperbesarkan. Saya tampil dengan kenyataan sebegini bukan untuk mengaibkan dia.

“Tetapi jika dia berfikiran sedemikian, dengan menyalah ertikan maksud dan niat saya terpulanglah. Jika dia mahu mengaibkan saya itu di luar bidang kuasa saya,itu urusan dia dengan Allah.

“Saya cuma berharap dia lebih professional kerana industri hiburan kita bukannya besar mana, balik-balik akan berjumpa bertemu muka juga,” ujarnya lagi. - Murai.com.my
0 Komen untuk "Lufya jawab isu Zarina Anjoulie, diraba dan ketiak basah"