BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Bola rasmi FINAL UEFA Champions League 2011

Bola rasmi Adidas yang bakal digunakan padan FINAL UEFA Champions League atau perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2010/2011 nanti di stadium Wembley, London pada 28/5/2011 akan datang.

Pada majlis pelancaran bola rasmi yang diberi nama 'The Finale London' itu, turut sama hadir ialah 3 orang bintang EPL iaitu Samir Nasri (Arsenal), Salomon Kalou (Chelsea) dan Jermain Defoe (Tottenham Hotspur).

'The Finale London' merupakan bola ke-11 yang dibuat oleh Adidas untuk digunakan secara rasmi pada perlawanan akhir UEFA Champions League pada 28/5/2011 nanti. Dijangkakan Stadium Wembley bakal dipenuhi dengan ribuan penonton dari kedua-dua pasukan yang bakal bertanding pada perlawanan tersebut di mana kapasiti maksimum yang mampu dimuatkan di Wembley ialah 90,000.








Gambar bola rasmi yang bakal digunakan pada perlawanan akhir UEFA Champions League 2011 di Stadium Wembley


0 Komen untuk "Bola rasmi FINAL UEFA Champions League 2011"