BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Jadual jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010

SIRI Jelajah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 yang berlangsung Sabtu dan Ahad lalu di Kuantan Parade, Pahang mendapat sambutan hebat daripada warga Pantai Timur.

Bukan hanya penduduk negeri itu malah pengunjung dari Terengganu dan Kelantan juga tidak ketinggalan merasai sendiri bahang siri jelajah anugerah berprestij itu. Hampir 10,000 pengunjung memenuhi ruang legar utama kompleks beli-belah itu untuk melihat wajah finalis dengan lebih dekat.

Siri jelajah ABPBH itu adalah yang kedua selepas SACC Mall, Shah Alam pada 19 & 20 Februari lalu. Lebih 20 artis turun padang menjayakan ‘showcase’ yang sudah diaturkan. Jelas peminat terhibur melihat aksi pengacara Along Raja Lawak, Didie Alias, Zizan Raja Lawak, Angah Raja Lawak dan Fara Fauzana.

Kemunculan artis popular seperti Anuar Zain, Faizal Tahir, Maya Karin dan Ana Raffali begitu dinantikan. Peminat yang hadir juga berpeluang menyertai aktiviti seperti permainan, kuiz dan ronda-ronda di pusat bandar Kuantan.

Gambar Lisa Surihani

Gabungan Hazama bersama Meet Uncle Hussain (MUH) memang menjadi. Finalis Penyanyi Lelaki Popular, Black, turut mendapat sorakan gemuruh. Black kemudiannya berpadu vokal dengan Hazama menyampaikan lagu Drama King.

Begitu juga paduan suara Faizal Tahir bersama Bunkface menerusi Hanyut dan Selamat Malam serta Extravaganza dan Dunia, menggantikan tempat Sam. Anggota Bunckface yang hadir hanyalah Paan (gitar) dan Youk/bass). Paan memaklumkan ketiadaan Sam disebabkan dia berdepan komitmen lain.

“Memang sebelum ini timbul desas-desus kumpulan kami berpecah. Ramai bertanya mengenainya. Sebenarnya kami masih dalam satu kumpulan. Kalau tiada aral kami akan muncul dengan album terbaru April ini. Sam sedang sibuk dengan pengajiannya,” kata Paan.

Seterusnya Lisa Surihani dan Fizz Fairuz muncul di pentas dan mereka turut mengundang jeritan peminat. Kemunculan juara Akademi Fantasia 8 (AF8) Shahir dengan gimik tersendiri, menggamatkan suasana. Ini kerana klon Shahir, Mohd Shahfiq Mohamad dari Pusat Karaoke Xanax yang mendendangkan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan mencuri tumpuan. Di pertengahan lagu, barulah Shahir muncul.

Gambar Johan dan Zizan @ Jozan

Walaupun baru pulang daripada menyertai promosi Jom Heboh yang berlangsung di Kuala Terengganu, komitmen artis seperti Anuar Zain dan Fara Fauzana wajar dipuji. Mereka tetap datang demi peminat dan penganjur. Finalis Penyanyi Wanita Popular, Artis Duo Berkumpulan Popular dan Artis Baru Wanita Popular, Ana Raffali, akui cukup teruja.

“Ini kali pertama saya menyertai siri jelajah ini apatah dicalonkan dalam tiga kategori. Memang sambutan daripada peminat di luar jangkaan,” katanya.

Ana sempat menyanyikan lagu single terbaru, Sehabis Baik ciptaan sendiri yang juga lagu tema untuk filem romantik komedi, Karipap Karipap Cinta arahan Othman Hafsham. Kemudian Ana bersama Along dan Zizan Raja Lawak menyampaikan lagu popular, Kalau Berpacaran. Alyah yang memakai skaf di kepalanya pula memukau ribuan peminat dengan lagu terbarunya, Kisah Hati.

Gambar seksi Fouziah Gous

Pelakon Nur Kasih, Fizz Fairuz berkata, terharu bagaikan balik kampung kerana dia anak jati Pahang sementara juara Mentor 3, Black, mengharapkan peminat terus menyokong pembabitan artis tempatan dalam mana-mana program jelajah.

Pada petang itu, peminat bertuah berpeluang menaiki kereta Nissan Grand Livina dan Nissan Teana tajaan Edaran Tan Chong Motor bersama finalis kegemaran masing-masing. Kereta itu adalah hadiah utama untuk pembaca dan pemenang gelaran Bintang Paling Popular kali ini.

Sumber: Harian Metro

Jadual jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010
SACC Mall, Shah Alam (19/2/2011 dan 20/2/2011)
Kuantan Parade, Pahang (26/2/2011 dan 27/2/2011
The Mall, Kuala Lumpur (5/3/2011 dan 6/3/2011)
Village Mall, Sg. Petani Kedah (11/3/2011 dan 12/3/2011)
Kompleks Pasir Gudang (19/3/2011 dan 20/3/2011)
Klang Parade (25/3/2011, 26/3/2011 dan 27/3/2011)

0 Komen untuk "Jadual jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010"