BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Susulan kemalangan pelumba F1 Robert Kubica

GENOA, Itali: Doktor berkata bahawa mereka optimistik mengenai peluang pelumba Formula Satu, Robert Kubica untuk kembali pulih, sambil menyatakan pelumba itu memberi tindak balas baik terhadap rawatan dan bersedia untuk pembedahan seterusnya bagi menstabilkan kecederaan yang dialami akibat perlanggaran rali kereta.

Melihatkan tahap serius kecederaan daripada kemalangan Ahad lalu, keadaan Kubica semakin pulih dan “harap-harap keadaannya akan bertambah baik pada masa akan datang,” menurut laporan perkembangan perubatan terbaru dari hospital Santa Corona.

Pelumba Poland berusia 26 tahun itu menjalani pembedahan selama tujuh jam Ahad lalu selepas kemalangan ketika berlumba di utara Itali. Tangan kanannya cedera parah tetapi pakar bedah berjaya mengelakkan risiko tangannya terpaksa dipotong.
Hospital itu yang terletak di Pietra Ligure, bandar kecil di barat laut Itali, menyatakan Kubica akan kekal dalam unit rawatan intensif untuk dua hari lagi bagi membolehkan doktor menilai keadaan fungsi lengan dan tangannya.

Team Lotus Renault berkata pembedahan yang dijadualkan hari ini akan menstabilkan keretakan di bahu kanan dan kaki kanan Kubica. Dia perlu menjalani satu lagi pembedahan pada sikunya tiga atau empat hari selepas itu.

Danuta Dygnos, jururawat yang bertugas di hospital Santa Corona, memberitahu stesen televisyen Poland, TVN24 bahawa keadaannya semakin baik.

“Dia kini boleh bernafas tanpa bantuan, menggerakkan tangannya, segala-galanya,” kata Dygnos. “Dia boleh memakan sarapannya tanpa masalah. Dia senyum dan melakukan segala-gala yang mampu dilakukan. Dia berada dalam keadaan baik.” - AP

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Difahamkan Robert Kubica perlu mengambil sekurang-kurangnya lebih setahun untuk memulihkan keadaan beliau seperti sedia kala dan kembali ke arena Formula 1. Jom tengok koleksi gambar kemalangan membabitkan Robert Kubica pada perlumbaan Rally di Itali, 6/2/2011 yang lalu.

Ini kemalangan pada 2007 juga membabitkan Robert Kubica semasa memandu jentera Formula 1 BMW dan beliau bernasib baik kerana terselamat daripada mengalami kecederaan yang teruk


Gambar Robert Kubica sebelum perlumbaan rally bermula


Beginilah keadaan kereta yang dipandu Robert Kubica ketika perlumbaan rally selepas ianya terbabas lalu melanggar penghadang jalan






Keadaan Robert Kubica yang koma selepas kemalangan. Difahamkan beliau telah mengalami beberapa keretakan pada lengan sebelah kanan, kaki dan tangan.




Selepas mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan Robert Kubica daripada kereta yang hancur teruk di bahagian depan, beliau terus dihantar ke hospital menggunakan helikopter



Video kemalangan membabitkan pelumba F1 Robert Kubica semasa berlumba rally


Inilah kereta yang dipandu Robert Kubica ketika berlumba Rally pada 6/2/2011 yang lepas


0 Komen untuk "Susulan kemalangan pelumba F1 Robert Kubica"