BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Keputusan Carling Cup 2011 Arsenal vs Birmingham

Perlawanan akhir bolasepak Piala Liga ataupun Carling Cup 2011 antara Arsenal menentang Birmingham City 27/2/2011 berlangsung penuh sengit. Perlawanan bolasepak yang berlangsung di Stadium Wembley menyaksikan peluang Arsenal untuk merangkul piala yang pertama untuk musim ini.

Keputusan penuh Carling Cup 2011 menyaksikan Birmingham mencipta kejutan apabila berjaya menundukkan Arsenal 2-1. Ini sekaligus telah memberi tekanan kepada pengurus Arsene Wenger apabila Arsenal bakal bermain pada perlawanan ulangan Piala FA dan berkunjung ke Barcelona untuk perlawanan kedua Liga Juara-Juara Eropah minggu ini.

Gol Arsenal dijaringkan oleh Van Persie pada minit ke 39 hasil hantaran lintang Arshavin. Sebelum itu, Zigic mula meletakkan Birmingham didepan pada minit ke 28 selepas menanduk bola menewaskan penjaga gawang Arsenal, Szczesny. Walaubagaimanapun, harapan Arsenal untuk merangkul Carling Cup hancur apabila o. Martins menjaringkan gol kemenangan Birmingham pada minit akhir permainan (minit ke-89).

Piala rasmi Carling Cup 2011


Senarai pemain Arsenal dan Birmingham City Final Carling Cup 2011

Arsenal (4-2-3-1): Szczesny (Gk), Sagna, Koscielny, Djourou, Clichy, Song, Wilshere, Nasri , Arshavin, Bendtner, Van Persie

Birmingham City (4-4-2): Foster (Gk), Carr, Jiranek, Johnson, Ridegwell, Larsson, Ferguson, Bowyer, Gardner, Martins, Zigic

Juara final Carling Cup 2010 - Manchester United


Juara final Carling Cup 2009 - Manchester United


Highlight penuh Final Carling Cup 2011 - Arsenal 1 vs 2 Birmingham City


0 Komen untuk "Keputusan Carling Cup 2011 Arsenal vs Birmingham"