BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Roslin Hashim mahu selesai kes cerai cara baik


Kuala Lumpur: Pemain badminton negara, Roslin Hashim yang sebelum ini menimbulkan kontroversi menceraikan isterinya selepas 12 hari pernikahan dan menuntut ganti rugi perkahwinan RM53,460 daripada Faizah Mohamad, menarik semula kes itu selepas kedua-duanya bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Dalam prosiding yang diadakan secara tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Azzeman Omar membenarkan tuntutan itu ditarik balik.

Roslin,38, diwakili peguam syarie Suria Wahida Umar manakala, Faizah diwakili peguam syarie, Mohammad Amir Nazli Hussin.

Sumber: Harian Metro
0 Komen untuk "Roslin Hashim mahu selesai kes cerai cara baik"