BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Gareth Bale jaring gol pertama bersama Real Madrid


MADRID – Gareth Bale melakukan permulaan yang sensasi apabila menjaringkan gol untuk kelab barunya, Real Madrid ketika bertanding ke Villarreal meskipun seri 2-2 dalam aksi La Liga, awal pagi tadi.

Pemain dari Wales yang menandatangani kontrak enam tahun dengan nilai sekitar AS$124 juta (94 juta euro) awal bulan ini, merembat kencang selepas mendapat bola hantaran lintang Dani Carvajal pada minit ke-38.

Jaringannya bagi membolehkan Real menyamakan kedudukan selepas tuan rumah memperoleh gol awal menerusi Cani pada minit ke-20.

Bale turun dengan harapan yang tinggi diletakkan jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti yang digandingkan di bahagian serangan bersama Cristiano Ronaldo di sebelah kiri.

Madrid kemudian mendahului pada minit ke-63 menerusi jaringan Ronaldo namun Villarreal menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Dos Santos. – AFP
0 Komen untuk "Gareth Bale jaring gol pertama bersama Real Madrid"