AirAsia Bhd menawarkan 30,000 tempat duduk promosi dari enam destinasi di Malaysia ke Singapura dengan tambang termasuk semua daripada sehingga serendah RM49 sehala.
AirAsia dalam kenyataannya berkata, promosi itu bermula sekarang sehingga 22 September, 2013, bagi perjalanan bermula sekarang hingga 31 Disember, 2013. Ia berkata sempena tambang promosi itu, tetamu juga boleh menikmati potongan 15 peratus bagi tiket masuk ke Sentosa Spooktacular, destinasi pelancongan terbaru dengan tempoh tebus laku pada 19, 25, 26 dan 31 Oktober dan 1-2 November, 2013.
Malaysia Airlines (MAS) pula terus menawarkan tambang paling rendah untuk tempahan berkuat kuasa serta-merta sehingga 16 September 2013.
Promosi ditawarkan itu ialah untuk perjalanan domestik dan antarabangsa terpilih menggunakan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, untuk perjalanan dari sekarang sehingga Julai 2014.
Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia Airlines, Muzammil Mohamad berkata, Mas sudah menurunkan harga sehingga 55 peratus untuk laluan terpilih.
“Sehubungan itu, kami menyarankan agar pengguna merebut peluang seumpama ini untuk merancang perjalanan lebih awal dengan kami dan membeli tiket-tiket mereka,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Sementara itu, Malindo Air menawarkan 10,000 tempat duduk percuma satu hala bersempena sambutan Hari Malaysia tahun ini.
Sumber: Harian Metro Online
0 Komen untuk "Air Asia promosi 30,000 tiket dengan harga serendah RM49"