BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Betul ke Maher Zain mungkir janji?

Penyanyi kelahiran Lubnan anggap Malaysia sudah jadi rumah kedua

SEJAK namanya mendaki puncak populariti, penyanyi kelahiran Lubnan ini tak henti-henti dilanda dugaan. Dengan imej bersih yang dibawanya ditambah lagu bercorak keislaman yang disajikan kepada peminat membuatkan banyak mata yang memerhati.

Dan disebabkan itu maka si empunya diri terpaksa berhati-hati mengatur langkah.Namun dalam sentiasa berjaga-jaga itu, timbul juga cerita kurang enak mengenai penyanyi ini. Khabarnya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Insya-Allah, mungkir janji apabila gagal menghadirkan diri dalam sebuah program bual bicara terbitan TV9, Nasi Lemak Kopi O yang bersiaran Ahad lalu.

Maher dikatakan tidak muncul sehinggalah program itu selesai walaupun dikatakan sudah berjanji untuk menyertai program itu. Bukan itu saja, dakwaan lain yang kedengaran adalah Maher juga dilabelkan sebagai seorang yang lebih memandang kepada wang atau keuntungan apabila memilih untuk membuat persembahan di Malaysia.

Bayangkan dalam masa tidak sampai dua bulan, penyanyi dan juga komposer sensasi kembali ke sini untuk mengadakan persembahan. Apakah Malaysia menjadi lubuk duit buat Maher sehinggakan dia kerap datang ke sini? Dan penganjuran sebuah lagi konsertnya yang bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam Februari depan seolah-olah mengukuhkan lagi dakwaan itu.

Apakah benar Maher kini sudah berubah sikap disebabkan populariti yang dikecapinya ketika ini? Apakah kata-katanya sebelum ini yang ingin menyebarkan mesej positif kepada penggemarnya sekadar sebuah retorik semata-mata?
Bertemu penyanyi ini ketika dia mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan konsert Maher Zain Live In Concert 2011 di Menara Kuala Lumpur, petang Rabu lalu, memberi peluang kepada pihak media mendengar sendiri jawapan yang dikeluarkan daripada bibirnya itu.

Sebagai seorang yang percaya kepada segala takdir dan ketentuan tuhan, Maher begitu tenang berdepan dengan soalan panas yang diajukan media terhadapnya. Tidak sedikit pun riak wajahnya berubah. Malah, segaris senyuman terus terukir di wajahnya.

“Berkenaan soal tidak hadir untuk program terbitan TV9 itu apa yang boleh saya katakan, ia adalah masalah komunikasi serta silap faham antara stesen televisyen dan pihak pengurusan.

“Bagaimanapun, pihak kami sudah pun bertemu dengan mereka dan saya anggap perkara ini sudah selesai. Tidak timbul soal tidak berdisiplin ataupun saya berubah sikap dalam hal ini,” katanya menjelaskan keadaan sebenar.

Mengenai dakwaan bermata duitan kerana kerap membuat persembahan di Malaysia, Maher sekali lagi menafikan tuduhan nakal itu.

“Semua dakwaan itu tidak benar. Mungkin orang menganggap apa yang saya katakan ini hanya alasan saja. Saya boleh menipu anda dan peminat dengan mengatakan saya tidak seperti yang didakwa, tetapi saya tidak boleh menipu Tuhan. Saya tidak pernah menggunakan populariti saya untuk mengejar kebendaan.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, apa yang saya lakukan ini adalah kerana begitu minat dengan dunia nyanyian dan kekerapan datang ke Malaysia kerana negara ini umpama rumah kedua saya. Saya seronok dengan situasi di sini serta layanan yang diberikan peminat. Jika tidak, masakan hampir 900 ribu peminat dalam senarai Facebook saya kebanyakannya dari Malaysia.

“Mereka ikhlas meminati saya dan apa saya dapati, mereka ini juga turut mempertahankan hasil karya saya. Malah dalam Facebook saya, mereka sentiasa mengemaskini data atau apa-apa saja berita mengenai album saya. Contohnya jika ada album saya dicetak rompak, mereka akan memaklumkannya kepada saya menerusi Facebook,” katanya yang mempunyai 1.6 juta peminat dalam laman sosialnya itu.

Selain popular di laman sosial, Maher juga berada dalam carta teratas dalam enjin pencarian Google. Mengulas perkara itu, Maher berkata apa yang berlaku itu adalah satu rahmat daripada tuhan.

“Saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan tuhan terhadap saya. Jika itu membuktikan saya popular, saya amat bersyukur atas segala rahmat Tuhan ke atas saya selama ini,” ujarnya ringkas.

Konsert dua malam berturut-turut

MAHER akan kembali dengan Maher Zain Live In Concert 2011 yang dijadualkan berlangsung pada di Stadium Malawayi, Shah Alam apda 25 dan 26 Februari depan.
Mengulas konsertnya itu, Maher enggan bercerita dengan lebih lanjut dan lebih selesa menjadikan ia satu kejutan kepada peminat tegarnya.

“Saya akan menyanyi semua lagu popular termasuk lagu baru yang akan dimuatkan dalam album kedua. Nyanyian saya juga akan diiringi pemuzik dari Malaysia dan Mesir. Selain itu saya juga akan mengundang penyanyi popular dari negara lain seperti Mesus Kurtis dari Macedonia, Irfan Makki dari Kanada dan kumpulan Inteam.

“Jika dalam showcase sebelum ini tidak banyak berkomunikasi dengan peminat. Jadi dalam konsert akan datang nanti, saya lebih banyak berinteraksi dengan mereka. Saya tidak sabar beraksi di Stadium Malawati selama dua malam berturut-turut,” katanya yang juga sedang sibuk mencari material untuk album keduanya.

Sementara itu, wakil penganjur, Muhammad Hazamin Harun dari Inteam Records menjelaskan tujuan mereka mengadakan persembahan dua malam berturut-turut itu adalah untuk memberi peluang kepada peminat Maher di Pantai Timur sama-sama menyaksikan konsert itu.

“Tarikh 25 Februari itu dipilih untuk memudahkan peminat Maher di Pantai Timur yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu untuk sama-sama memeriahkan konsert itu. Manakala 26hb adalah peminat yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad.
“Harga tiket adalah dalam anggaran RM50 hingga RM290. Untuk maklumat lanjut mengenai penjualan tiket, bolehlah melayari laman web www.inteam.com.my,” katanya.

Sumber: Berita Harian


Sedikit biodata mengenai Maher Zain

Maher Zain (lahir 1981) adalah seorang penyanyi Sweden dan penerbit muzik yang berasal dari Lubnan. Album pertamanya Thank You Allah dari 13 lagu dan dua lagu bonus dirakamkan pada 1 November, 2009. Muzik video beliau di laman Youtube telah mengumpul lebih dari 5 juta hit.

Maher Zain lahir pada 1981 di Lebanon. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika Maher hanya lapan tahun, di mana dia melanjutkan persekolahnya. Maher mendapat keyboard pertama ketika dia hanya sepuluh tahun. Dia kemudiannya memasuki universiti dan mendapat gelaran sarjana muda dalam Aeronautical Engineering [1] Ketika masa remajanya, dia selalu menghabiskan masa disekolahnya dengan rakan-rakan di mana mereka akan bernyanyi, ber-rap, menulis dan bereksperimen dengan muzik dalam segala hal.

Setelah terlibat untuk sementara di scene muzik sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan ke RedOne, seorang penerbit muzik di dunia muzik di Sweden yang berketurunan Moroco. Maher mula bekerja dengan RedOne dan kemudian berpindah ke New York. Pada bulan Januari 2009, Maher Zain mula mencipta lagu dan membuat album dan ditandatangani dengan Awakening Records. Maher mendapat inspirasi tentang muzik dari ayahnya, yang merupakan penyanyi ,yang bernyanyi di bandar Mediterranean Tripoli, Lubnan. Maher telah membuat konsert percuma di Bahrain, dan juga di konsert Spring di Universiti Amerika di Kaherah, Mesir.

Sumber: Wikipedia

Nak lagu Maher Zain? Download sini.
Belajar cara nak download lagu disini.

Jom layan semua lagu Maher Zain kat bawah ni:

1. Always Be There


2. Ya Nabi Salam Alayka


3. Inshallah


4. Palestine Will Be Free


5. Thank You Allah


6. Allah Allah Kiya Karo (Ft Irfan Makki)


7. The Chosen One


8. Baraka Allah Lakuma


9. For The Rest Of My Life


10. Hold My Hand


11. Awaken


12. Subhana Allah (Ft Mesut Kurtis)


13. Open Your Eyes


14. Ya Nabi (Arabic Version – Bonus Track)


15. Thank You Allah (Acoustic Version – Bonus Track)



Tags: maher zain, justin bieber, luna maya, din beramboi, lady gaga, hanis zalikha, lee min ho, adam lambert, siti nurhaliza, paul tan, proton inspira, ipad, benci bilang cinta, world cup 2010, justin bieber, fb, utusan online terkini, mudah.com.my selangor, didi games, fifa, maher zain popular, gosip maher zain, konsert maher zain, lagu maher zain, download maher zain mp3, maher zain mp3 percuma, download lagu maher zain, video klip maher zain, gambar maher zain, album maher zain terbaru, maher zain terkini, maher zain SEO, enjin carian google maher zain, lirik maher zain, lagu maher zain sedap, dengar lagu maher zain, muka maher zain, maher zain hensem, blog maher zain, website maher zain, layan maher zain, isteri maher zain, biodata maher zain, anak maher zain, keluarga maher zain, maher zain lupa lirik, konsert maher zain batal, maher zain kuala lumpur, interview maher zain, dokumentari maher zain, temuramah maher zain, berita maher zain, siaran langsung maher zain, album terbaru maher zain, maher zain 2010, maher zain 2011, download maher zain, maher zain percuma, google maher zain, kereta maher zain, rumah maher zain, kehidupan maher zain, awek maher zain, blogger maher zain, maher zain accident, cabaran maher zain, maher zain wikipedia, sejarah maher zain, maher zain dahulu, fanclub maher zain, peminat maher zain, maher zain pengsan, gambar panas maher zain, internet maher zain, maher zain google, carian maher zain

4 Komen untuk "Betul ke Maher Zain mungkir janji?"

papeon lagu n lyric ida mmemang menusuk kalbu

@Nur
btol2...lagu MZ ni memang best layan...

hohoho...hot saje posting die...hahaha

@Ezzat
haha...lumrah kehidupan seorng blogger kn...msti tahu mnde2 yg hot ni...