BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Website yang menyerupai Facebook 2011

Minggu lepas kecoh pasal Mark Zuckerberg nak tutup Facebook pada 15 mac ni. Tapi tahukah korang nilai Facebook sekarang sudah mencecah RM153 billion dan pengguna Facebook seluruh dunia sudah melebihi 300 juta? Mana mungkin Mark Zuckerberg senang-senang je nak tutup Facebook. Kenapa dia tak jual je? Fikir-fikirkan...

Entry kali ni aku nak tunjuk beberapa gambar yang dikhuatiri ianya adalah adik beradik kepada Facebook. Semua gambar ni atas bantuan Atok Google. Jom layan...

Ni adalah Facebook yang kebanyakan orang guna. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat. budak-budak tadika pun dah ramai yang ada akaun Facebook.


Ni pulak Facebook versi Kelantan. Hanya Anak-anak Kelate sahaja dibenarkan mempunyai akaun Facebook ni. Jika anda nak mendaftar jugak, sila bermastautin di Kelate terlebih dahulu.


Facebook untuk anak-anak Terengganu. Bagi semua yang BUKAN warga negeri Terengganu, anda dilarang unuk mendaftar!


Ok ni Facebook versi Dr.Rozmey yang dipanggil dRbook. Hanya pengguna Jusmate5 sahaja diberikan akaun percuma. Jika anda bukan pengguna Jusmate5, anda dikehendaki membeli DVD Original filem 2 Alam.


Jika anda belum sunat dan belum berumur 21 tahun ke atas, anda DILARANG sama sekali mendaftar. Kalau tak nama anda akan diblacklist oleh persatuan Tok Mudim seluruh Malaysia.


MillatFacebook ni bukan rekaan ok. Laman web ni sama fungsinya seperti Facebook yang korang guna sekarang. Ianya dicipta oleh Omer Zaheer Meer (Warga Pakistan) untuk orang Islam seluruh dunia. Menakjubkan pengguna MillatFacebook mencapai angka 90,000 orang dalam masa beberapa hari dilancarkan.


Nota Dahi: Ada satu lagi yang menyerupai Facebook ni iaitu FaceUTM. FaceUTM ni sama interface macam Facebook dan ianya untuk warga UTM sahaja. Tapi sekarang website tu dah tak aktif mungkin sebab tak mendapat sambutan. Kalau korang ada jumpa gambar interface FaceUTM sila bagitau aku ok. Lagi satu klu korang jumpa mana-mana web yang menyerupai Facebook boleh lah inform kat bahagian komen kat bawah.

0 Komen untuk "Website yang menyerupai Facebook 2011"