LONDON: Seorang pengasuh didakwa cuba meracun pemilik syarikat Ann Summers - sebuah kedai pakaian dalam dan barangan seks terkenal di Britain - dengan memasukkan cecair pencuci cermin ke makanan wanita terbabit.
Allison Cox, 33, diupah Jacqueline Gold (berbaju merah kat tengah) bagi menjaga anak perempuannya, Scarlett, di kediaman mewah wanita itu di Whyteleafe, Surrey.
Beberapa hari lalu, Jacqueline, 50, berasa curiga apabila mendapati makanan dihidang Allison mempunyai rasa pelik.
Menurut sumber, apabila sampel makanan itu diuji, didapati ia dicampur dengan cecair pencuci cermin.
Polis kemudian menahan Allison di kediaman dianggarkan bernilai RM31 juta itu.
Jurucakap polis Surrey mengesahkan Allison dihadapkan ke mahkamah pada 17 Disember lalu dan berdepan tiga dakwaan cuba meracun Jacqueline. Allison dijadual dibawa ke Mahkamah Majistret Tenggara Surrey di Redhill pada 5 Januari depan.
Jacqueline adalah anak pemilik kelab bola sepak West Ham United, David Gold.
Allison dijadual dibawa ke Mahkamah Majistret Tenggara Surrey di Redhill pada 5 Januari depan.
Jacqueline adalah anak pemilik kelab bola sepak West Ham United, David Gold.
Di Britain, Jacqueline disenarai sebagai wanita ke-16 paling kaya dan antara kejayaannya adalah menjadikan Ann Summers sebagai syarikat berjaya.
Jacqueline juga adalah ketua pegawai eksekutif syarikat Knickerbox dan pernah dijemput ke Istana Buckingham pada 2007 untuk diraikan bersama ahli perniagaan wanita berjaya lain.
Sebelum ini, akhbar tabloid terkemuka di Britain, Daily Mail pernah menyenaraikan Jacqueline sebagai seorang daripada 100 wanita paling berpengaruh di negara itu.
Jacqueline melahirkan pasangan kembar, Scarlett dan Alfie, pada tahun lalu. Bagaimanapun, Alfie meninggal dunia akibat masalah otak lapan bulan kemudian. - Agensi
Sumber: Harian Metro
Nota Dahi: Pergghhh...jual barang sex pun boleh kaya sampai macam tu. Harap-harap dengan income Nuffnang dari blog aku ni dapat gak la jadi kaya camtu yerk. Kehkehkeh...
0 Komen untuk "Tauke kedai seks diracun"