Wow! PTPTN beri pinjaman berjumlah RM37b
TEMERLOH – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberikan pinjaman berjumlah RM37 bilion kepada pelajar sejak ia ditubuhkan pada 1997 sehingga bulan lepas.
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, seramai 1.7 juta pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta telah menerima manfaat daripada pinjaman berkenaan.
"Bagaimanapun, daripada keseluruhan pelajar yang mendapat pinjaman itu hanya 77 peratus pelajar yang membayar balik pinjaman selepas mereka menghabiskan pengajian di IPT,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penganugerahan Pakaian dan Beg Sekolah, Meraikan Pelajar Cemerlang dan Miskin Peringkat Parlimen Kuala Krau di sini.
Beliau berkata, seramai 191,262 peminjam pula tidak pernah membayar balik pinjaman walaupun telah diberikan beberapa kali peringatan termasuk notis saman.
"Pembayaran secara sukarela oleh peminjam seperti melalui pemotongan gaji, bank dan secara atas talian dilihat tidak berkesan dalam mengutip kembali pinjaman dan kita harap cadangan pindaan Akta PTPTN 1997 untuk mewajibkan bayaran balik pinjaman secara potongan gaji dapat dilaksanakan pada tahun depan,” katanya. – Bernama
Sumber: Kosmo
Nota Dahi: Nasib baik aku dapat scholar JPA skang tapi ada gak hutang 5k ngan PTPTN. Bila la nak bayar agaknye ye? Orang yang amek PTPTN tu cukup ke belanja tiap sem ek?
0 Komen untuk "Wow! PTPTN beri pinjaman berjumlah RM37b"