BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Apple iPad Review oleh wow!Berita

Korang mesti pernah dengar iPad bukan? Apa yang istimewanya iPad sehingga menjadi gadjet ke-2 terpantas dalam carian di internet pada tahun 2010? Sekali lagi aku mintak pandangan Pak Cik Google untuk menyelesaikan masalah aku ni.

Kalau korang tengok gambar kat atas tu, saiz iPad adalah berkali ganda lebih besar dari iPhone. Untuk pengetahuan korang, iPad adalah satu gadjet tercanggih keluaran Apple. Sebelum mendapat nama iPad, ia telah diberi nama dengan 'Apple Tablet'. iPad adalah ibarat komputer anda tetapi dalam saiz yang lebih kecil berbanding netbook dengan ketebalan hanya setengah inci.

Tinggi: 9.56" (242.8 mm)
Lebar: 7.47" (189.7 mm)
Tebal: 0.5" (13.4 mm)
Berat: 0.68kg, Wi-Fi model; 0.73kg, Wi-Fi + 3G model
Skrin: 9.7" (diagonal) LED-backlit glossy widescreen Multi-Touch display with IPS technology
Kapasiti: 16GB, 32GB, or 64GB flash drive
Processor: 1GHz Apple A4 custom-designed, high-performance, low-power system-on-a-chip

Bateri:
1. Built-in 25-watt-hour rechargeable lithium-polymer battery
2. Up to 10 hours of surfing the web on Wi-Fi, watching video, or listening to music
3. Up to 9 hours of surfing the web using 3G data network
4. Charging via power adapter or USB to computer system

Info selanjutnya: Apple.com


Sedikit berita berkenaan iPad

HONG KONG 5 Mei - Walaupun Apple belum melancarkan produk terbarunya, iPad di Asia, namun penjualan alat berteknologi tinggi itu tetap hangat dalam pasaran tidak rasmi di rantau ini.

Isnin lalu Apple memberitahu, pihaknya telah menjual lebih sejuta unit iPad (gambar) hanya dalam masa 28 hari dan ribuan daripadanya telah dibawa masuk ke Asia secara tidak rasmi.

Dari Singapura ke Seoul, Bangkok ke Beijing ia dijual lebih mahal daripada harga yang dijual di Amerika Syarikat (AS).

"Kami memperolehi stok dari AS. Lebih baik anda beli dengan cepat jika betul-betul mahukannya kerana Apple hanya membenarkan pembelian dua unit iPad setiap kad kredit di AS dan kami masih tidak tahu bila stok baru boleh diambil," kata jurujual di sebuah kedai komputer di Pusat Komputer Mongkok, Carl Lee.

Kata beliau, kedainya menerima 15 buah model asas berkapasiti 16 gigabait (GB) sehari yang dijual dengan harga AS$730 (RM2,361) seunit.

Di AS, model yang sama dijual dengan harga AS$499 (RM1,614).

Sementara itu, iPad mudah didapati di hampir semua kedai di Low Yat Plaza, sebuah pusat penjualan barangan elektronik termurah di Kuala Lumpur.

"Kami menjual model 16GB, 32GB, atau 64GB, berapa yang awak mahu? Disebabkan saiz kedai yang besar, maka sebab itu kami membawa masuk ratusan unit iPad sejak bulan lalu," kata seorang penjual, Caryn Lee yang menjualnya dengan kadar harga di antara AS$750 (RM2,427) hingga AS$1,100 (RM3,559.60)

Permintaan yang terlalu tinggi di pasaran AS sejak pelancarannya 3 April lalu menyebabkan Apple menangguhkan pemasarannya ke negara lain.

"Ia terus melebihi bekalan dan kami sedang berusaha memastikan produk ini boleh dinikmati lebih ramai pelanggan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs Isnin lalu. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia




Nota Dahi: Niat dihati memang ingin memiliki sebuah iPad, tapi bila tengok harga dah cecah RM2.5k tu kena tunggu time dah keje la jawabnya. Tak pun mana la tahu ada orang bagi iPad sebagai hadiah hari jadi aku ke. Hakhakhak...

p/s: Rebut peluang untuk memenangi iPad 64GB sekarang. KLIK SINI.

0 Komen untuk "Apple iPad Review oleh wow!Berita"