BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Maut dihempap treler


KUANTAN: Seorang pemandu treler maut dalam keadaan mengerikan apabila dihempap kenderaan dipandunya selepas terbabas dan terbalik, di Kilometer 56, Jalan Kuantan-Maran, berhampiran Paya Bungor, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Mohd Razali Dollah, 46, dari Taman Chendor Makmur, di sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di dada.

Kelindannya, Che Affendi Che Mat, 23, dari Kampung Baru Bukit Terung, dekat Kemaman, Tereng ganu cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk rawatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama kelindannya dalam perjalanan menghala ke Kuantan dari Maran dengan membawa tong berisi klorin.

Menurutnya, siasatan mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik dan melintang di tengah jalan.

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Walaupun nampak treler tu besar, boleh langgar kereta macam tu tanpa effect apa-apa pun, jangan ingat ia tak boleh nak membunuh anda! Begitulah nasib Mohd Razali Dollah yang telah maut akibat dilanggar dihempap lori. Tapi aku tak kata Mat Rempit lagi selamat dari bawak lori yerk! Kehkehkeh...Tapi kalau aku kata gambar kat bawah ni lah penyebab kemalangan di jalanraya logik tak? Hakhak...



0 Komen untuk "Maut dihempap treler"