BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

PM, TPM ucap tahniah kepada skuad bola sepak negara

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa bangga serta gembira atas kejayaan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.

Menurut Perdana Menteri, skuad negara telah bermain dengan baik sebagai satu pasukan sehingga berjaya menjulang piala berkenaan.

“Saya berasa begitu gembira dan bangga atas kejayaan yang diraih oleh pasukan muda Malaysia. Syabas Harimau Malaya! Kamu semua telah membanggakan negara. Tahniah,” katanya menerusi pesanan ringkas dalam laman sosialnya di Twitter dan Facebook.

Malaysia adalah negara keempat di rantau ini yang berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.

Dalam satu kenyataannya menerusi Bernama pula, Najib berkata, kemenangan Malaysia dalam perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF adalah sesuatu yang dibanggakan.

“Ini adalah malam paling gemilang dalam bola sepak Malaysia. Pasukan muda telah memberikan kita kebanggaan dan kita mesti bina kejayaan ini untuk menggerakkan bola sepak maju ke hadapan pada tahap yang lebih tinggi.

“Ini bagi memastikan apa yang kita capai malam ini bukan satu yang sepintas lalu tetapi permulaan dalam sejarah bola sepak kita sebagai yang besar,” katanya.

Sementara itu, perasaan sama turut dikongsi Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia atas kejayaan itu.

Menurut beliau, pencapaian itu lebih manis setelah menunggu 14 tahun untuk menjulang kejuaraan itu.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa tiada yang mustahil sekiranya kita benar-benar idamkan kemenangan. Segala usaha, penat lelah dan pengorbanan setiap pemain, jurulatih dan pegawai pasukan jelas terhasil dengan kejayaan ini,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Muhyiddin percaya setiap rakyat pasti berasa megah, terharu dan paling utama bersyukur kerana kejayaan itu memperlihatkan kesungguhan mereka yang terbabit terutama para pemain dan jurulatih, K. Rajagobal memburu kejuaraan itu.

“Saya ingin menggesa para pemain supaya terus mengekalkan prestasi sekali gus meningkatkan kecemerlangan yang dicapai agar Malaysia terus gah di persada antarabangsa,” ujarnya.

Muhyiddin berkata, aspirasi itulah yang diperlukan untuk terus membakar semangat wira-wira bola sepak negara untuk terus merekodkan kejayaan pada masa depan dan kembali muncul sebagai pasukan yang digeruni bukan sahaja di Asia Tenggara malah seluruh dunia.

“Penghargaan juga ditujukan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang berjaya menerajui bola sepak Malaysia serta usaha-usaha selama ini sehingga berjaya mengecapi kejayaan ini,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

1st Leg final Malaysia vs Indonesi, Stadium Bukit Jalil




Nota Dahi: Syabas dan Tahniah untuk pasukan kebangsaan Malaysia. Pertahanan Man United, Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad kebangsaan Malaysia. Dengar cerita PM dah isytihar cuti pada Jumaat ni, betul ke? Kalau betul memang syok la...hakhak...


Tags: piala aff suzuki 2010, jadual perlawanan piala aff suzuki, final piala aff suzuki, malaysia indonesia piala aff suzuki, malaysia juara piala aff suzuki, habuan piala aff suzuki, habuan pemain terengganu juara piala aff suzuki, rio ferdinand piala aff suzuki, tahniah malaysia juara piala aff suzuki, juara kali pertama piala aff suzuki, ganjaran piala aff suzuki, malaysia belasah indonesia 4-0 final piala aff suzuki, stadium bukit jalil, stadium gelora bung karno, indonesia kalah, laser indonesia malaysia, siapa mula laser dulu, siapa main laser, malaysia kalah 2-1 final kedua, biodata pemain malaysia, senarai pemain malaysia pada piala aff suzuki, pemain terengganu pada piala aff suzuki, perlawanan akhir piala aff suzuki, video perlawanan akhir piala aff suzuki, download video piala aff suzuki, video youtube piala aff suzuki, tengok bola piala aff suzuki secara langsung, piala aff suzuki online, tengok bola online, bahang piala aff suzuki, demam piala aff suzuki, kerajaan bagi cuti sehari sebab malaysia juara piala aff suzuki, pemain malaysia bertaraf bintang, sejarah piala aff suzuki, senarai juara piala aff suzuki, list pemain malaysia piala aff suzuki, k. rajagopal, khairul fahmi che mat, safee sali, ashaari samsudin, kunanlan, idlan talaha, pemain malaysia diburu liga indonesia, pemain malaysia berhijrah, awek khairul fahmi, biodata khairul fahmi, penajga gol malaysia khairul fahmi, gambar khairul fahmi dan awek, awek khairul fahmi cun, sejarah percintaan khairul fahmi dan elia, berita terbaru khairul fahmi, khairul fahmi nak kahwin, khairul fahmi bertunang, aksi khairul fahmi, penyokong khairul fahmi, peminat khairul fahmi, meluat awek khairul fahmi, benci awek khairul fahmi, khairul fahmi berpisah, kehidupan khairul fahmi, kehidupan safee sali, biodata safee sali, blog awek khairul fahmi, facebook benci meluat awek khairul fahmi, facebook khairul fahmi, facebook safee sali, hitler bengang malaysia juara piala aff suzuki, pekung laser hijau terdedah, misteri laser hijau

1 Komen untuk "PM, TPM ucap tahniah kepada skuad bola sepak negara"

tahniah malaysia....







jom singgah n follow2 belog sy...