BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Ariel Peterpan dipenjara 3 tahun 6 bulan

BANDUNG: Penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril ‘Ariel’ Irham, salah seorang bintang pop terkenal di Indonesia dijatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun selepas didapati bersalah menyebarkan rakaman video lucah bersama teman wanitanya di Internet.

Hukuman itu mencetuskan pendapat berbeza di kalangan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Golongan liberal berpendapat ‘hukuman malu’ ditanggung Ariel yang mendakwa rakaman video itu bukan untuk tatapan umum sudah mencukupi.

Namun, pihak konservatif tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kerana mereka mendakwa Ariel menyumbang kepada kejatuhan nilai moral di negara itu.

Beratus-ratus golongan konservatif yang melepasi kawalan polis berhimpun di pagar mahkamah sambil menjerit, ‘Terlalu Ringan!’ ‘Terlalu Ringan!’

Lebih 500 orang melakukan demonstrasi dan sesetengahnya melemparkan kenderaan polis yang membawa Ariel dengan telur busuk dan tomato, sementara yang lain memegang sepanduk mengecam penyanyi itu.

Ariel adalah selebriti pertama yang didakwa di bawah undang-undang antipornografi Indonesia yang berkuat kuasa pada 2008 walaupun mendapat tentangan orang ramai dan anggota Kabinet. Ia dilihat sebagai terlalu kabur dan hukumannya terlalu berat.

Ariel mendakwa pita rakaman itu dicuri dari kediamannya dan dihantar ke dalam talian tanpa pengetahuannya tetapi Hakim Singgih Budi Prakoso berkata, bintang pop itu tidak melakukan apa-apa untuk mencegah penyebarannya ke Internet. Kebanyakan peminat Ariel sedih dengan hukuman dijatuhkan ke atas penyanyi itu. -AP

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Kalau di Mesir, berlaku rusuhan untuk menggulingkan pemerintahan Hosni Mubarak tapi lain pula ceritanya di Indonesia. Rata-rata peminat Ariel tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun 6 bulan kepadanya. Sebelum itu, Ariel telah ditangkap kerana menyebarkan video lucah beliau dengan Luna Maya dan Cut Tari. Bukan kerana Ariel berhubungan seks dengan Luna Maya!!! Itulah yang aku dengar sebelum ni.

LEBIH 500 orang berdemonstrasi di luar Mahkamah Bandung, semalam.


0 Komen untuk "Ariel Peterpan dipenjara 3 tahun 6 bulan"