BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia 1.1.2011

Terkejut aku dengar berita ni, sebab ada orang post kat Facebook sebentar tadi. Jadi akupun mula mintak bantuan Pak Cik Google pasal berita ni. Aznil Haji Nawawi melalui laman twitter beliau menyatakan pelakon Faizal Yusoff telahpun meninggal dunia di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur akibat serangan jantung sekitar jam 2.30 petang tadi. Berikut adalah kenyataan dari twitter Aznil Haji Nawawi.


Faizal Yusoff merupakan bekas suami kepada penyanyi yang selalu berduet dengan arwah Achik Spin iaitu Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan panggilan Nana. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Faizal Yusoff.

Nota Dahi: Setiap yang bernyawa tu pasti akan pergi suatu hari nanti. Marilah kita mengambil iktibar daripada berita ni. Kematian tidak mengira usia. Takziah buat keluarga arwah.