BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Jadual Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL 2011)

PELUMBA pasukan Farnese Vini-Neri Sottoli, Andrea Guardini sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila mengungguli peringkat kedua Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 semalam.

Kemenangan pada perlumbaan di laluan landai sejauh 145.4 kilometer dari Kangar ke Butterworth itu menyaksikan Guardini terus menyarung Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan.

Guardini mencatat masa tiga jam 26 minit 26 saat diikuti pemenang tempat kedua dan ketiga, masing-masing Boris Shpilevsky daripada pasukan Tabriz Petrochemical Team (TPT) dan Anuar Manan dari pasukan Terengganu Cycling Team (TSC).

Selain itu, pelumba Itali tersebut turut mengungguli kedudukan teratas dalam perebutan Jersi Biru (Raja Pecut) selepas mengumpul keseluruhan 33 mata, dua mata di hadapan Anuar.

"Kejayaan saya hari ini (semalam) membuktikan kemenangan saya semalam (kelmarin) bukan disebabkan faktor nasib semata-mata.

"Saya gembira kerana sekali lagi menaiki podium selaku juara seterusnya mempertahankan Jersi Kuning dalam dua peringkat berturut-turut," kata Guardini yang dua kali menewaskan pemecut tersohor, Mark Cavendish tahun lalu.


Guardini menegaskan perlumbaan semalam lebih mencabar jika dibandingkan pada peringkat pertama di Langkawi khususnya pada jarak beberapa kilometer terakhir ke garisan penamat apabila berlaku insiden kemalangan.

"Ketika menuju ke garisan hadapan, saya yang berada dalam kelompok hadapan terpaksa bersaing sengit dengan pelumba-pelumba lain sehingga menyebabkan ada yang terjatuh.

"Bagaimanapun saya bernasib baik kerana dapat meloloskan diri daripada kelompok besar sehingga berjaya menuju ke garisan penamat sebagai pemenang.

"Saya mahu berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang lain kerana mereka banyak membantu dari mula hingga tamat perlumbaan."

Sementara itu, Anuar yang juga Raja Pecut 2010, merampas Jersi Putih (pelumba terbaik Asia) daripada pelumba pasu-kan Korea Selatan, Park Sung-baek.

Sung-baek ditimpa malang apabila terlibat dalam kemalangan bersama pelumba Europcar, Yukiya Arashiro ketika bersaing dengan barisan pencabarnya kira-kira 200 meter terakhir menuju ke garisan penamat.

Jersi Merah (Raja Bukit) pula kekal menjadi milik pelumba pasukan Skil Shimano Cycling Team, Koen De Kort buat hari kedua berturut-turut.

"Selepas perlumbaan semalam (kelmarin), saya berazam untuk terus mengekalkan Jersi Merah dan misi saya hari ini (semalam) dianggap berjaya. Saya akan cuba untuk terus mengekalkan Jersi Merah," kata De Kort.

Dalam pada itu, rakan sepasukan Anuar, Mohd. Harrif Salleh menduduki tempat ke-13 diikuti Mohd. Shahrul Amin (ke-53), Mohd. Saufi Mat Senan (66).

Sumber: Kosmo

Berikut adalah jadual penuh perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL 2011) Edisi ke-16:
Informasi tentang perlumbaan LTDL 2011 >>> Download
Informasi terknikal >>> Download
Stage 1 - Dataran Helang - Pekan Kuah >>> Download
Stage 2 - Kangar - Butterworth >>> Download
Stage 3 - Taiping - Sitiawan >>> Download
Stage 4 - Ayer Tawar - Cameron Highlands >>> Download
Stage 5 - Tapah - Genting Highlands >>> Download
Stage 6 - Rawang - Putrajaya >>> Download
Stage 7 - Banting - Tampin >>> Download
Stage 8 - Kuala Pilah - Jasin >>> Download
Stage 9 - Melaka - Nilai >>> Download
Stage 10 - UITM Shah Alam - KL Loop >>> Download

Layari website rasmi Le Tour de Langkawi 2011 >>> LTDL 2011

Nota Dahi: Le Tour de Langkawi 2011 (LTDL 2011) Edisi ke-16 melibatkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak kayuhan berjumlah 1,315.4km. LTDL kali ini juga menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta. Kenapa LTDL sekarang dah tak lalu ke pantai timur yerk? Aku pun dah jadi hilang mood nak layan. Hehe...



Tags: Le Tour de Langkawi 2011, LTDL 2011 edisi ke-16, jadual penuh perlumbaan Le Tour de Langkawi, senarai pelumba Le Tour de Langkawi 2011, pemenang peringkat kedua Le Tour de Langkawi, keputusan terkini Le Tour de Langkawi 2011, apakah Le Tour de Langkawi, siaran ulangan Le Tour de Langkawi online

0 Komen untuk "Jadual Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL 2011)"