BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

RM76 Juta kutipan tiket filem tempatan tahun 2010

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Industri perfileman tempatan mencatatkan perkembangan sihat apabila mengutip sebanyak RM76 juta hasil jualan tiket 29 filem cereka tempatan yang ditayangkan di seluruh negara tahun lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Mohamed Mohd. Daud berkata, ia hasil galakan serta pelbagai aktiviti anjuran kementerian tersebut.

"Tayangan 29 filem itu ditonton seramai sembilan juta penonton. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang terletak di bawah kementerian juga misalnya telah menganjurkan Program Merakyatkan Filem (PMF).

"Dengan menayangkan 45 filem secara percuma di pawagam Coliseum sejak 2006, ia telah ditonton lebih 10,000 penonton. Program yang diadakan setiap Sabtu minggu keempat setiap bulan itu salah satu galakan untuk menonton filem.

"Aktiviti seperti itu sedikit sebanyak membantu mempertingkatkan jumlah penonton filem Melayu," katanya sewaktu ditemui selepas majlis ulang tahun kelima PMF di pawagam Coliseum di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini hari ini.

Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim itu, turut ditayangkan filem Azura lakonan Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Jamal Abdillah yang popular pada 1984.

Menurut Mohamed, ekoran sambutan PMF yang memberangsangkan itu, Finas katanya, akan memperluaskan program tersebut ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Kami akan berusaha untuk memperluaskan program ini ke seluruh negara termasuklah Sabah, Sarawak dan negeri-negeri yang tiada pawagam seperti Kelantan dan Perlis tidak lama lagi bagi mencapai objektif itu," ujarnya.

"Untuk negeri-negeri yang tiada pawagam kita akan tayangkan filem dalam dewan ataupun dirikan sahaja wayang pacak di kawasan-kawasan luar bandar supaya filem kita dapat ditonton di seluruh negara," ujarnya.

Sumber: Utusan Online

Antara filem terlaris tahun 2010:

1. Hantu Kak Limah Balik Rumah - Kutipan melebihi RM6 juta


2. Ngangkung - Kutipan dikatakan mencapai RM10 juta


3. Adnan Sempit - Kutipan RM7.66 juta


4. Evolusi KL Drift 2 - Kutipan RM5.67 juta


5. Lagenda Budak Setan - Kutipan RM4.28 juta


6. Jangan Pandang Belakang Congkak 2 - Kutipan RM4.23 juta


Nota Dahi: Kuat betul aura Shaheizy Sam ni yerk. Sampai filem Adnan Sempit dan Ngangkung jadi antara filem terlaris sepanjang tahun 2010. Memang layak la beliau menang anugerah khas Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung pada 25 Disember 2010 yang lepas. Filem 2 Alam macamana pulak? Dah mencecah RM40 juta ke? Kahkahkah...

Poster filem 2 Alam yang dikatakan meniru poster Exorcism


0 Komen untuk "RM76 Juta kutipan tiket filem tempatan tahun 2010"