BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Fairuz Fauzy sertai Pasukan F1 Lotus Renault

BEKAS pemandu simpanan Pasukan Lotus Racing, Fairuz Fauzy, 28, dinamakan pelumba ujian untuk pasukan Lotus Renault GP bagi musim baru Formula Satu (F1) yang akan membuka tirai perlumbaannya bermula 11 Mac ini.

Pemandu utama Lotus Renault GP, iaitu Robert Kubica dari Poland dan Vitaly Petrov dari Russia.

Pengumuman pelantikan Fairuz itu dibuat oleh Prinsipal Lotus Renault, Eric Boullier, ketika menerima kunjungan rasmi Lembaga Pengarah pengurusan Proton Holdings Bhd di kemudahan F1 pasukan itu di Enstone, Oxfordshire, United Kingdom (UK), semalam.

Turut hadir, Pengerusi Proton, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Ketua Eksekutif Group Lotus Plc, Dany Bahar.

Boullier berkata, perlantikan Fairuz itu akan membabitkan kontrak kerja bagi tempoh setahun dan memiliki opsyen boleh diperbaharui selepasnya.

“Rancangan turut diatur untuk Fairuz menjadi pemandu pertama mema-suki Akademi Lotus Renault dan mewakili pasukan untuk berlumba dalam perlumbaan GP2, iaitu kejohanan perlumbaan dalam siri pembangunan F1,” katanya sambil memaklumkan Akademi Lotus Renault yang baru itu ditubuhkan khusus untuk mencungkil pemandu berbakat dalam menyediakan mereka bagi perlumbaan F1.

Sumber: Berita Harian

Nota Dahi: Alex Yoong ape cite dah sekarang ni eh? Senyap je dia...hehe...Jom tengok apa ada dalam video kat bawah ni.




Tags: formula 1, formula 1 sepang 2011, formula 1 sepang 2010, download formula 1, gambar formula 1, litar sepang malaysia, video perlumbaan formula 1, senarai pelumba formula 1 2010 2011, jadual perlumbaan formula 1, juara formula 1 2010, kereta formula 1, wallpaper formula 1, pengeluar formula 1 2011, wakil malaysia formula 1 sepang, nak tengok formula 1, harga tiket formula 1 2011, beli tiket formula 1, jual tiket formula 1 2011, tempat duduk formula 1, litar sepang 2011, senarai litar formula 1, gambar litar formula 1, video kemalangan formula 1, video terbaik formula 1, senarai juara formula 1, lagenda formula 1, download percuma formula 1, sejarah formula 1, siapa pendahulu formula 1 2011, petronas penaja, kenderaan rasmi formula 1, jumloah sasaran penonton formula 1 sepang, 8 hingga 11 april, tarikh perlumbaan penting formula 1, permulaan bahrain, tarikh ujian masa formula 1, blog formula 1, wallpaper menarik formula 1, jenis kenderaan formula 1, syarat perlumbaan formula 1, umur pelumba formula 1, harga kereta formula 1, kos perlumbaan formula 1, fairuz fauzy, lotus renault 2011

0 Komen untuk "Fairuz Fauzy sertai Pasukan F1 Lotus Renault"