BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Redah 600km hadiri uji bakat Akademi Fantasia 9

KOTA KINABALU: Perjalanan 10 jam menaiki bas tidak menghalang seorang pengawal peribadi berusia 42 tahun menghadiri uji bakat Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) di sebuah hotel di bandar raya ini, semalam.

Kesanggupan Ariffin Jaafar menempuh perjalanan hampir 600 kilometer dari Tawau berbaloi apabila terpilih ke peringkat seterusnya, sekali gus membuka peluang kepadanya menjadi peserta program realiti berkenaan.

“Walaupun berusia, semangat untuk menyertai program ini menyebabkan saya sanggup datang dari jauh dan bersyukur terpilih ke peringkat seterusnya. Saya pernah menghadiri uji bakat AF7 pada 2009 namun tidak bernasib baik apabila gagal pada peringkat pertama lagi,” katanya.

Ariffin berkata, walaupun usianya dianggap ‘senior’ berbanding calon lain yang rata-rata berusia awal 20-an, perkara itu bukan penghalang besar baginya.


“Saya memang minat menyanyi sejak kecil dan menjadi impian saya untuk menyertai program ini sejak diperkenalkan kira-kira lapan tahun lalu,” katanya.

Seorang lagi calon terpilih ke peringkat seterusnya, Romanizam Awang Ali, 27, tidak menyangka dipilih kerana hanya menghadiri uji bakat secara suka-suka.

“Saya juga tidak pernah menyanyi di khalayak ramai dan gementar apabila diarah menyanyikan pelbagai jenis lagu oleh juri. Ini kali pertama saya menghadiri uji bakat AF dan terpilih ke peringkat seterusnya,” katanya.


Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Resza Azmi berkata, hampir 2,000 calon menghadiri uji bakat yang diadakan selama tiga hari bermula kelmarin. “Hari ini (semalam), hampir 1,000 calon hadir dan bilangannya dijangka meningkat pada hari terakhir esok (hari ini).

Sumber: Harian Metro

Nota Dahi: Tak faham betul aku. Apa sangat la yang diorang dapat kalau berjaya masuk Akademi Fantasia tu. Konon nak popular cepat la kan. Tapi bagi aku baik cari kerja yang lebih bermanfaat daripada masuk AF ni. 2000 calon hadir untuk uji bakat AF9 tapi berapakah yang hadir semasa ceramah agama? Korang fikirlah sebaiknya.

'Cikgu Siti' yang comel ni pun nak uji bakat AF gak ke?


0 Komen untuk "Redah 600km hadiri uji bakat Akademi Fantasia 9"