BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Khidmat belayar susuri sungai tarikan baru TTI

KUALA TERENGGANU — Perkhidmatan belayar menyusuri Sungai Terengganu yang disediakan Taman Tamadun Islam (TTI) kini menjadi tarikan baru pelancong ke destinasi itu.

Pengurus Jualan dan Pemasaran TTI, Nor Sabihah Fidri berkata setiap hari pihaknya menerima kunjungan kira-kira 400 pelancong untuk menaiki pelbagai jenis bot yang disediakan di situ.

"Kita terima pengunjung untuk menaiki bot antara tujuh dan lapan kali sehari menyusuri sungai Terengganu yang mengambil masa kira-kira 40 minit sejauh sembilan kilometer,” katanya kepada pemberita sempena Program Kuiz Santai TTI-Terengganu FM (TFM) di sini hari ini.

Nor Sabihah berkata, bagi perkhidmatan River Cruise, TTI menyediakan beberapa jenis bot seperti Sri Wan Man, Seri Kristal dan Seri Warisan yang mampu membawa pelancong seramai 45 orang sekali perjalanan dengan bayaran RM10 seorang termasuk perlindungan insuran.

Selain itu, TTI juga mempunyai dua buah bot jenis kolek yang boleh membawa enam orang penumpang dan tiga buah bot payang bagi membawa 12 penumpang.

Beliau berkata bagi meningkatkan lagi perkhidmatan River Cruise, TTI kini mengadakan pekej dengan menyediakan juadah nasi dagang serta kuih-muih bagi menambahkan lagi keseronokan semasa menyusuri sungai itu dengan mengenakan bayaran RM25 seorang bagi satu perjalanan.

Katanya mereka, yang inginkan pakej penyediaan juadah itu, hendaklah membuat tempahan terlebih dahulu dengan penyertaan 32 penumpang sekali perjalanan. — Bernama

Sumber: Kosmo




Nota Dahi: Walaupun aku orang Terengganu tapi aku masih tak ada keinginan untuk mencuba. Sebabnya aku jarang berada di kampung. Hehe...Sapa-sape yang bukan orang Terengganu tu kalau nak merasa boleh la contact aku. Nanti aku boleh tunjukkan jalanraya. Kahkahkah...Tempat ni memang best!

0 Komen untuk "Khidmat belayar susuri sungai tarikan baru TTI"