BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Bayi lahir pukul 11.11 pagi pada 1.1.2011

BURTON - Seorang ibu, Kacey Gretton, (gambar diatas) melahirkan bayi perempuan pada pukul 11.11 pagi pada 1.1.2011 di hospital Queen's di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kacey berkata, dia dan ibunya menganggap tarikh kelahirkan anaknya yang seberat 3.76 kilogram itu merupakan satu detik yang indah.

Menurutnya, anak yang diberi nama Rose itu menangis kuat semasa dia dilahirkan.

Suami Kacey, Neil Gretton, 31, yang bekerja sebagai seorang pereka grafik menyatakan bahawa Rose merupakan anak pertama mereka.

Kacey, 24, terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan anak itu selepas dia dimasukkan ke hospital tersebut selama tiga hari.

"Saya berharap, Rose akan menjadi seorang bayi yang bertuah," kata Neil. - Agensi


Nota Dahi: Ada blogger kat sini yang dapat baby tahun baru tak? Perkenalkan diri sket...hehe...

4 Komen untuk "Bayi lahir pukul 11.11 pagi pada 1.1.2011"

bertuah nih..kalau lah nk bertuah haa

angka yang menarik betul..pandai betul mak die estimated time nak kuarkan baby die..haha

haha...tu la psl....xtjejas pn 1 saat tu...

kite tengok plak sape yg lhr pkul 12.12, tarikh 12.12.12...hehe