BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Pelajar IPTA daftar 2-7 September

Ok ni ekoran daripada berita tentang 'Sesi pengajian IPT bermula September 2011' pada entry yang lepas. Best la korang yang masih belajar ni eh dapat cuti panjang.

GEORGE TOWN - Pendaftaran pelajar bagi sesi akademik 2011 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diadakan antara 2 September dan 7 September ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor IPTA, Prof Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak (gambar).

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat antara naib-naib canselor IPTA kelmarin.

"Pihak IPTA diberi kebebasan untuk membuat pendaftaran pelajar baru antara 2 September hingga 7 September ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Perutusan Tahunan Naib Canselor USM di sini semalam.

Beliau berkata, untuk permulaan, perubahan itu pastinya akan menimbulkan sedikit kesukaran kepada pihak universiti.

"Dalam semua perubahan mesti ada kesusahan. Sesi kali ini sahaja akan sukar sedikit. Tahun depan akan lebih mudah selepas sistem baru itu diselaraskan," katanya.

Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penyelarasan kalendar akademik IPTA negara akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014.

Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada September berbanding Jun sebelum ini. - Bernama

Sumber: Kosmo


Nota Dahi: Kalau tak silap aku time daftar pelajar IPTA tu belum raya kan? Memang la tak best mana kan sebab baru je masuk tak sampai sebulan dah nak balik rumah sambut Aidilfitri. Sape eh blogger yang masih belajar lagi? Nak kenal-kenal sket ni.

1 Komen untuk "Pelajar IPTA daftar 2-7 September"

lame laa duk memerap kat umah nii..
nseb baek dapat pLkn...
huhuuhuh,,..