BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Juventus julang Piala Super Itali 2013



ROME - Juventus muncul juara Piala Super Itali buat kali keenam kelmarin selepas membelasah Lazio 4-0 dengan Carlos Tevez menjaringkan gol pertamanya buat juara Liga Itali itu.

Perlawanan tersebut dicemari sokongan berbaur perkauman dari Ultras Lazio sebelum perlawanan tamat dan amaran telah dibuat melalui pembesar suara.

Pada masa yang sama, kekecohan berlaku menyebabkan penyokong Juventus dilaporkan cedera. Atas padang, pemain gantian, Paul Pogba menjaringkan gol pada minit ke-23, kurang daripada tiga minit selepas dia masuk menggantikan Claudio Marchisio.

Giorgio Chiellini dan Stephan Lichtsteiner melebarkan penguasaan Juventus pada awal separuh masa kedua sebelum Tevez menjaringkan gol pada minit ke-56.

Kemenangan Juventus ke atas Lazio di laman mereka sendiri seolah-olah satu amaran buat pasukan lain dalam Liga Itali.

Pasukan bimbingan Antonio Conte sudah menjadi pasukan pilihan untuk memenangi saingan liga buat kali ketiga berturut-turut.

“Saya tahu kita akan hadapi perlawanan tersebut dengan perwatakan yang betul dan saya sangat gembira kerana kami telah meraih kejuaraan berganda liga dan Piala Super.

“Kami berhak muncul juara. Saya mahu memberi pujian kepada semua pemain. Saya tahu mereka mempunyai perwatakan yang betul dan ia berhasil. Ia akan menjadi tahun yang sukar, kami harus bermula seperti mana kami lakukan hari ini (kelmarin).

Kekalahan sudah tentu memberi kejutan kepada Lazio dan penyokongnya, yang masih lagi meraikan kemenangan ke atas Roma, Mei lalu.

“Kami lumpuh selepas gol kedua dan kami sedikit naif, tatkala Juve begitu klinikal. Mereka berhak juara, sekarang kami harus kembali berpijak di bumi nyata selepas memenangi perlawanan akhir ke atas Roma. 

Kami harus melihat kembali kelemahan dan bermula dari kosong," kata jurulatih Lazio, Vladimir Petkovic. - AGENSI


Sumber: Utusan
0 Komen untuk "Juventus julang Piala Super Itali 2013"