BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Kemenangan Nadal lonjak beliau di tangga ke-2 dunia



CINCINNATI, Ohio - Rafael Nadal menjuarai tenis Terbuka Cincinnati buat kali pertama, semalam - kejuaraan kesembilan tahun ini yang sekali gus melonjakkan dia ke tangga ke-2 ranking dunia.

Kemenangan itu turut meletakkan Nadal antara pemain pilihan pada Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat selepas ini.

Diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan selepas kembali membuat penampilan daripada tujuh bulan menyepi gara-gara kecederaan, tidak menghalang juara Terbuka Perancis lapan kali itu berada di kemuncak prestasi.

Dia menewaskan pemain bukan pilihan dari Amerika Syarikat, John Isner 7-6 (10/8), 7-6 (7/3) pada perlawanan akhir di gelanggang keras, mengulangi kejuaraan di Montreal Masters seminggu sebelumnya.

"Sejak dari awal saingan, saya bermain menentang pemain-pemain terbaik dunia, mereka dalam kategori 50 terbaik. Dalam kejohanan lain anda mungkin bernasib baik mendapat lawan yang mudah tetapi di sini (Cincinnati) ia tidak berlaku.

"Menang dua kejohanan berturut-turut sememangnya sukar sebab bukan semua gelanggang sama, malah cuaca juga berlainan.

"Dalam hal ini, anda memerlukan tumpuan 100 peratus dan kejohanan ini benar-benar menguji kemampuan fizikal kita," katanya. - AFP


Sumber: Utusan
0 Komen untuk "Kemenangan Nadal lonjak beliau di tangga ke-2 dunia"