BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Volvo V40 dengan teknologi canggih dilancarkan di Malaysia



KUALA LUMPUR:
 Volvo Car Malaysia memperkenalkan tiga model serba baru Volvo V40, iaitu Volvo V40 T4 Serba Baharu dan Volvo V40 T5 Serba Baharu dan Volvo V40 Cross Country Serba Baharu yang mempunyai ciri-ciri yang lebih lasak dan lebih sporty.
Model baharu V40 mencapai penarafan keselamatan perlanggaran lima bintang daripada Euro NCAP, dengan keputusan keseluruhan tertinggi pernah dicatatkan oleh institut itu.
“V40 Serba Baru merupakan suatu model penting dalam segmen baru dan hebat yang memperlihatkan potensi yang amat besar.
Matlamatnya ialah untuk meraih kedudukan utama dari segi keselamatan reka bentuk dan dinamik pemanduan. Segmen hatchback merupakan suatu sektor yang sedang berkembang di Eropah dan di Asia dan model V40 merintis standard baru dalam segmen yang penuh daya saing ini.
Kami berhasrat menerajui kelas bagi hatchback dari segi dinamik pemanduan, dan tentu saja, dari segi keselamatan. V40 membuktikan betapa banyak usaha yang telah dicurahkan untuk meningkatkan ciri-ciri pemanduan," jelas Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Keith Schäfer.
Volvo V40 Sera Baharu merupakan anggota muda dalam keluarga Volvo, lengkap dengan sifat-sifat baru berteknologi tinggi serta barisan lengkap teknologi keselamatan daripada model-model Volvo yang lebih besar, mengorak satu langkah ke hadapan menuju Wawasan 2020, Wawasan Keselamatan Volvo iaitu tiada sesiapa yang akan cedera parah teruk atau terbunuh ketika menaiki kereta Volvo baru menjelang tahun 2020.
Dengan harga daripada RM173,888 bagi model V40 T4, RM188,888 bagi model T5 dan RM198,888 bagi V40 Cross Country, kereta-kereta yang baru dilancarkan ini mempunyai harga yang berdaya saing, ditambah pula dengan teknologi yang lazimnya dipasarkan dengan harga yang jauh lebih tinggi.
Selain itu, Volvo didatangkan dengan liputan terbaik dalam kelas; 5 tahun servis percuma, termasuk alat ganti, 5 tahun waranti percuma dan liputan 5 tahun Volvo On-Call menyediakan pemantauan tanpa kerenah bagi semua pemilik Volvo baru.
Antara ciri-ciri standard yang penting ialah teknologi City Safety yang dipertingkat sehingga 50km sejam, Sistem Amaran Lalu Lintas Silang yang disertakan dengan Sistem Maklumat Titik Buta dan beg-udara lutut bagi pemandu.
Gugusan alatan digital pula memberi pilihan tiga variasi berdasarkan pilihan pemandu; Eco, Elegance dan Performance, ini bermakna maklumat yang diingini pemandu dipaparkan paling besar.
Di peringkat pembangunan V40 Serba Baharu, Volvo memberi perhatian teliti kepada maklum balas yang diterima daripada pelanggan terutama dari segi rupa yang mereka ingini bagi kereta tersebut.
Dalam segmen pasaran yang mencabar ini, model baru V40 meletakkan penanda aras yang tinggi menggandingkan reka bentuk indah dengan perkadaran fungsian. Yang paling utama ialah casis lincah baru yang menjadikan kereta ini sungguh seronok dipandu, khusus direka dengan mengutamakan keperluan pemandu.
Segala-gala yang dapat dirasai, disentuh dan dikawal pemandu, adalah “Direka Bertumpukan Anda”, menjadikan V40 Serba Baru suatu platform yang paling baik untuk memperkukuh jenama Volvo.
Volvo V40 Serba Baharu menampilkan wajah dan rasa kemewahan yang menonjolkan aura sebuah kereta kompak lengkap dengan kandungan digital dan ciri-ciri kereta besar. Pendekatan berumpukan pemandu dipertingkat dengan gugusan alatan baru bergrafik penuh yang membolehkan pemandu memperibadikan susun atur alatan dan maklumat.
Selain itu, V40 Serba Baharu begitu menyerlah dengan dinamik pemanduan yang terkemuka dalam kelasnya, ini adalah hasil tumpuan yang diberikan kepada beberapa bidang penting.
Sistem Maklumat Bintik Buta (BLIS)
Dipertingkat – ketampakan lebih jelas V40 Serba Baharu merupakan Volvo pertama menawarkan Sistem Maklumat Bintik Buta (BLIS) dipertingkat, yang kini berasaskan radar.
Teknologi ini kini boleh memantau dan memberi amaran kepada pemandu terhadap kenderaan yang semakin laju menghampiri sehingga 70 m di belakang kereta. Sistem itu juga memberitahu pelanggan tentang bintik buta pada kedua-dua sisi kereta,dengan mengeluarkan amaran berbunyi pelbagai tempo bergantung kepada kehampiran kereta di belakang.
Sistem Amaran Lalu Lintas Silang – melindungi bahagian belakang anda
Sistem Amaran Lalu Lintas Silang menggunakan sensor radar di bahagian belakang kereta untuk memberi amaran kepada pemandu tentang lalu lintas dari kedua-dua belah sisi ketika mengundur keluar dari ruang letak kereta. Ini amat berguna terutama dalam kawasan sempit dan sesak apabila pandangan mungkin terbatas disebabkan adanya prasarana, tumbuhan atau kereta-kereta yang terletak di situ.
City Safety – kini aktif sehingga 50 km/j
Model Serba Baru V40 merupakan Volvo pertama yang menggunakan sistem City Safety yang dipertingkat. Sistem ini kini aktif pada kelajuan sehingga 50 km/j (sebelum ini 30 km/j).
Kereta akan berhenti secara automatik jika pemandu tidak sempat bertindak balas apabila kenderaan di hadapan bergerak perlahan atau berhenti – atau jika kereta menghampiri kenderaan pegun terlampau laju.
Barisan lengkap ciri keselamatan perlanggaran – termasuk beg-udara lutut baru Volvo V40 Serba Baharu juga menampilkan sistem keselamatan perlanggaran bertaraf dunia termasuk sangkar keselamatan dengan zon ubah bentuk efektif dan keluli kekuatan tinggi pelbagai gred.
Dalam ujian keselamatan perlanggaran oleh Euro NCAP, kereta mencapai penarafan lima bintang, dengan markah ujian tertinggi keseluruhan bagi mana-mana kereta yang pernah dicatatkan oleh institut itu.
Bahagian penumpang juga dilengkapi dengan beg-udara lutut baru. Beg-udara ini dipasang di papan pemuka di sebelah atas pedal dan digerakkan bersama-sama dengan beg-udara lain jika sekiranya berlaku perlanggaran secara berdepan.
Pandu Bantuan Parkir – memudahkan parkir selari
Sistem Pandu Bantuan Parkir baru menjadikan parkir selari mudah dan jitu dengan mengambil alih dan mengendalikan stereng sementara pemandu sendiri mengendalikan kotak gear dan mengawal kelajuan kereta.
Reka bentuk depan rendah dan lebar
Bonet berbentuk-V klasik dipertingkatkan lagi dengan garis-garis yang lebih menonjol. Gril kilat licau rendah dan lebar untuk melahirkan rasa sporti, lebih dekat dengan bumi. Bukaan lebih rendah dikelilingi pada bahagian penjuru oleh badan ukir, menganjur dari satu lengkung roda ke lengkung roda yang satu lagi. Penjuru ukir ini bukan saja menjelmakan watak tersendiri, bahkan menghalakan aliran udara untuk meningkatkan aerodinamik. "Reka bentuk bilah" lampu puncak depan melahirkan corak cahaya yang menarik dalam suasana gelap.
Bahu lebar dan profil dinamik
Garis bahu lebar menganjur dari lampu puncak dengan garis tepat untuk menyerlahkan garis pinggang yang menaik. Apabila sampai penghujung pintu belakang garis itu menjulang menjadi “cangkuk” bersepadu, suatu ciri yang diwarisi daripada model legenda P1800. Garis menyerlah ini melanjut arah belakang ke dalam bahagian penuh kuasa iaitu lampu belakang.
Bebayang bumbung memberi gambaran seakan-akan sebuah kereta sedang membongkok ke depan – bersiap sedia untuk meluru ke depan. Kereta dikemaskan dengan bahagian belakang berukir dinamik untuk menonjolkan lagi posisinya yang lebar dan kekar tegap, dengan kawasan bawah "digelapkan" untuk menimbulkan rupa rendah lebar dan tegap sasa.
Dalaman – direka bertumpukan insan
Dalaman Volvo V40 Serba Baru direka bertumpukan insan dengan menitikberatkan ergonomik, keselesaan dan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan.
Panel alatan lebar, bersama-sama dengan reka bentuk pintu yang mengalir bebas, mewujudkan rasa “kereta besar” yang luas lapang. Ruang dalaman direka untuk melahirkan suasana luas lapang dan santai dengan cita rasa Scandinavia. Pilihan bahan dan warna menekankan rasa kualiti dan kepakaran yang serba mewah.
Paparan grafik penuh
Model Serba Baru V40 tampil dengan gugusan alatan baru bergrafik penuh yang menyerlahkan kefungsian emosi, sentiasa memaparkan maklumat paling penting dalam apa jua keadaan betul-betul di hadapan pemandu. Pemandu boleh memilih antara tiga tema grafik: Elegance, Eco dan Performance.
Kawalan melalui stereng
Dalam Volvo Sensus, segala maklumat dipaparkan pada skrin warna berukuran lima inci atau tujuh inci terletak di bahagian atas panel alatan. Skrin bersepadu memudahkan pemandu menumpukan perhatiannya kepada jalan.
Segala fungsi boleh dikendalikan dari stereng atau melalui alat kawalan yang terletak betul-betul di bawah skrin warna.
Audio dan maklumat
Volvo V40 Serba Baharu boleh dilengkapi dengan teknologi Bluetooth® untuk membolehkan komunikasi tanpa wayar. Sambungan Bluetooth bukan hanya membenarkan perbualan telefon bebas tangan, tetapi juga penyaluran muzik daripada pemain muzik mudah alih boleh Bluetooth pilihan anda. Volvo adalah satu-satunya jenama yang menawarkan penyaluran muzik Bluetooth pada seluruh rangkaian kenderaan.
Casis dinamik Standard
Casis dinamik adalah standard. Badan tegar dan pusat graviti rendah melahirkan watak siap sedia yang tangkas memberi gerak balas dan menumpukan kepada pengalaman pemanduan, tanpa mengorbankan keselesaan perjalanan.
Kawal stereng dengan gerak balas jitu
Tetiub tebal dan penebat kukuh pada turus stereng meningkatkan ketegaran torsi. Ini juga membantu memberi peningkatan rasa sentuhan langsung dengan roda dan jalan.
Stereng Bantuan Kuasa Elektrik (EPAS) menggunakan motor elektrik untuk menyokong rak stereng dan pemandu boleh memilih antara tiga tahap bantuan kuasa.
Rangkaian enjin petrol berkuasa
Untuk mengoptimumkan pengalaman pemanduan, model Serba Baru Volvo V40 T5 dan Cross Country mempunyai enjin T5 turbocas 2.0 liter lima silinder dengan output kuasa 213 hp dan tork 300 Nm. Manakala enjin T4 GTDi 1.6 liter mempunyai keluaran kuasa 180 hp dengan tork maksimum 240 Nm.
Transmisi Powershift lancar
Versi T5 didatangkan dengan kotak gear automatik enam kelajuan, manakala T4 tersedia dengan transmisi Powershift enam kelajuan automatik
Sumber: mstar Online

0 Komen untuk "Volvo V40 dengan teknologi canggih dilancarkan di Malaysia"