BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Spurs bakal belanja setengah billion untuk beli pemain baru



LONDON - Tottenham bersedia meneruskan perbelanjaan besar-besaran sehingga mencecah sehingga 100 juta pound (RM515.33 juta) minggu ini, bagi membuka jalan kepada Gareth Bale untuk berpindah ke Real Madrid.

Kelab London itu sudah mengikat perjanjian bernilai 30 juta pound (RM154.60 juta) untuk pemain tengah Brazil, Willian dari kelab Rusia, Anzhi Makhachkala, malah bersedia membawa masuk dua lagi pemain, Erik Lamela (penyerang AS Roma) dan tonggak pertahanan Real Madrid, Fabio Coentrao dalam masa terdekat.

Walaupun Spurs menegaskan Bale bukan untuk dijual, kejayaan memeterai tiga perjanjian besar semalam bakal membawa kepada penamat karier bintang Wales itu di White Hart Lane.

Sumber rapat kelab percaya, pembelian tiga pemain untuk membolehkan Bale berpindah ke Madrid kerana pemain itu berulang kali menyuarakan keinginan untuk menyertai kelab Sepanyol tersebut.

Begitupun Spurs dan Real dikatakan masih berunding tentang yuran perpindahan dan bagaimana kaedah pembayaran yang akan dilakukan, malah terdapat laporan kedua-dua pihak sudah mengikat perjanjian bernilai 93 juta pound (RM479.25 juta).

Jika laporan itu benar, maka yuran perpindahan tersebut merupakan rekod baharu dunia, mengatasi harga yang pernah dibayar oleh Real ketika membeli Cristiano Ronaldo daripada Manchester United iaitu 80 juta pound (RM412.26 juta).

Begitupun legenda Real, Raul Gonzalez semalam mendakwa, Bale tidak layak untuk dibayar semahal itu.

"Bale adalah pemain yang hebat dan bakal menjadi penambahan yang bagus untuk Real Madrid, tetapi saya fikir harganya terlalu tinggi.

"Tottenham berlebihan dalam meletakkan nilai Bale," ujar Raul dalam laman web kelabnya di Qatar, Al Sadd.
Willian, 25, yang sebelum ini turut menjadi rebutan Liverpool sudah berada di London semalam untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bersama Spurs.

Dia merupakan pemain Brazil kedua berpindah ke Whiten Hart Lane musim ini selepas seorang lagi pemain tengah, Paulinho. - AGENSI

Sumber: Utusan
0 Komen untuk "Spurs bakal belanja setengah billion untuk beli pemain baru"